Kali ni aku nak cerita tentang kawan2 aku yang berada di kawasan Kampung Sungai Penchala… Dulu mula2 aku duduk kat area rumah aku sekarang ni, aku takdelah kenal dengan diaorang… Ini semuanye berpunca sejak kereta aku hilang tahun 2005…. Kononnye nak cari orang yang pandai cari semula keretalah ni…. Diaorang telah berikan cadangan pada seorang Ustaz @ Imam Masjid di dalam Kampung Penchala ni…. Jadi akupun jumpalah Ustaz tu, dia bacakan doa dari dalam Al-Quran dan buatkan air untuk ditaburkan di kawasan kereta aku yang hilang tu…. macam tulah gayanye…. lepas 5 hari kena datang balik kat dia kalau takde apa2…

Tapi masalahnye @ rezeki aku takde, pada hari kelima tu takde siapa yang nak uruskan dan juga tengah kelang-kabut dengan beberapa urusan penting…. Patah kaki oiii…. Bila kereta takde…. Sebab hari yang kelima tu aku telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah…. Nanti aku buat entry semasa aku mengerjakan umrah…. Dalam pemikiran aku, itu adalah ujian dari Allah untukaku tahun tu…. mungkin aku ada buat kelalaian dengannye dan macam2 lagi…. atau itu adalah rahmat, kalau2 kereta tu masih ada mungkin aku akan accident patah kaki @ tangan dan macam2 lagi kemungkinan…… Ini pun aku akan ceritakan dalam entry akan datang mengenai kehilangan kereta aku tu…… Bukan apa untuk memberi tips kalau2 kenderaan hilang di depan mata…. Bukan nak mintalah hilang….

Yang ni nama dia Awie Cowboy Kelapa Muda….Kalau cakap Awie Kelapa semua orang Kampung Penchala tahu….

Yang depan aku tu pulak nama dia Dollah a.k.a Kuning….Sebab dia ni sakit kuning… Tapi kesian kat sebab dia ada penyakit di mana darah putih melebihi darah merah… jadi darah putih akan makan darah merah denga lebih cepat… dalam 2 minggu atau sebulan sekali kena tambah darah dalam badan…. Apa nama nama penyakit tu aku tak ingatlah…. sebab tu dia tak boleh kerja lebih2 sebab cepat penat…. Jadi dia buat business jual goreng pisang dan tolong Awie Kelapa…. Tapi rajin yang amat….

Yang ni pulak penduduk Kampung Penchala yang baru berhijrah…. Datang sini selalu, tempat lepak2…. sambil minum air kelapa dan pisang goreng sepiring….. sambil bergosip…. sembang kedai kopi namanye…. Biasanye aku akan singgah kejap kat sini kalau aku lalu kat jalan ni…. Bungkus bawak balik goreng pisang dan air kelapa….. malam ni ada program lain pulak… nak ke Kota Damansara…..

Kat kedai jahit dengan wife aku…. selalu aku kacau satu Indon kat situ…. aku belum masuk lagi dia dah jerit nama aku bagitahu boss dia…. “En.Muz datang…En.Muz datang….”

Wife aku buat business tudung melalui internet….. Kota Damansara ni tempat aku hantar tudung untuk jahit tepi…. Kalau tak pasal tudung, malas aku nak masuk ke tempat2 macam ni…. So far, business berjalan lancar jadi kenalah aku merajinkan diri…. kena ada komisen sikit ni dengan wife aku…. hehehe…. aku cuma jaga buku akaun je untuk wife aku… Stok keluar masuk, keuntungan dan segala pembelian metarial…. Maklumlah dulu Business Study…. jadi kenalah praktik dalam kehidupan…. Kalau dah sampai kat Kota Damansara ni, biasanye aku akan singgah kat satu gerai Chaw Kue Tiaw… aku bukan minat sangat… kalau aku makan pun aku order Kue Tiaw Kerang….

Tengah lepak makan Chaw Kue Tiaw di Kota Damansara…..

Kalau aku hantar tudung untuk jahit tepi, biasanya dalam 10 helai lebih baru aku hantar… kecuali ada clien yang nak tudung urgent….. baru aku pergi…. ada 2 bulan tu setiap hari aku kena ke sana sebab terlampau ramai yang order…. rezeki jangan ditolak…. hantar hari ni, ambik esok… lepas tu ambik esok, hantar yang lain pulak… lusa ambik… kadang2 tu aku tolong juga wife aku jahit untuk part2 yang senanglah…. yang lurus2 je… kalau yang bengkang bengkok tu tak dapat aku nak tolong…. tapi bulan ni banyak order aku kena tolak atau kena postpone bulan depan sebab bulan ni terlampau sibuk dengan kerja office…. Tapi kalau nak order tu boleh diterima…. Nanti korang trylah check my wife business blog ye… ni address dia : http://penguinzigloo.blogspot.com …… Cewah promote ni… kena minta komisen lebih ni….