Nombor giliran kali ini… Mak aiii ramainye di depan….

Hari Isnin
yang lalu (20 Julai 2009) aku hantar bapa aku untuk appointment doktor Urology HUKM… pemeriksaan rutin untuk mereka yang masih pakai tiup urin…. Sejak operation bapa aku tidak dapat merasa untuk buang air kecil seperti biasa… doktor bagitahu sebab terdapat masalah spostat membengkak…. dan juga ubat bius yang masih ada dalam badan…. ini memang memakan masa yang lama… macam mak aku dululah… tak rasa nak buang air…

Bertolak ke HUKM dari Damansara dalam pukul 9.00 pagi… sampai pukul 9.40 pagi…. Nasib baik adik aku Anor ikut… terpaksa juga adik aku ponteng kuliah hari ini sebelah pagi…. kalu settle cepat kuliah petang dia akan masuk… Jawabnye kena hantar terus ke kolej dialah jawabnye di Sepang…..

Aku dan mak tengah menunggu nombor giliran… Sebab dah lambat maka faham2 jelah…

Yang ini menjadi persoalannye… Sila jawab….

Dekat pukul 12.30 tengahari baru turn bapa aku… Lama juga menunggu… Doktor check fail bapa aku dan bertanya pada bapa aku macamana keadaan sekarang… Banyak peningkatan tetapi untuk buang air tak terasa lagi… Tapi mengikut sejarah, ubat yang diberikan selama ini adalah ubat untuk masalah tersebut… So, sekiranya masih lagi berterusan ini menunjukkan bahawa kawasan prostat bapa aku masih lagi membengkak… dan untuk menyelesaikannye maka satu operation akan dilakukan…. segala penerangan telah diterangkan oleh doktor tentang prosedur yang akan dijalankan dalam operation tersebut… Satu keputusan telah dibuat di mana bapa aku akan menjalani operation kecil tak lama lagi…

Doktor check tarikh appointment untuk lakukan operation tersebut dan tarikh yang ada pada bulan Oktober ni…. Ada lagi tempoh 2 bulan… Dan berkemungkinan ianye akan pulih sendiri kalau tiada apa2 halangan… Jadi sementara itu, maka penggunaan tiub masih lagi akan digunakan… Aduhh ni yang buat aku risau balik ni…. Menurut doktor lagi sekiranye dia dapat tarikh baru untuk operation nanti, dia akan inform semula kat aku… Bagi aku lagi cepat lagi senang…. cepat selesai dan cepat sembuh…. Doa2 kan bapa ku ye…..

Selesai sahaja appointment bapa aku… Terus hantar adik aku Anor ke Sepang sambil bawa bapa aku jalan tengok rumah aku di Taman Pinggiran Putra, Sri Kembangan…. Dia masuk kuliah untuk pukul 3.00 petang…. Untuk kali semuanye settle seperti kebiasaannye…. Alhamdulillah… Lepas ni aku malas nak minta tolong kat sesiapa… pandai2 sendirilah…. Hampehh….