….UiTM Di Hati Ku….
Malam tadi aku tengok berita di TV3Naib Censelor UiTM buat pengumuman yang cuti semester yang akan bermula 27 Julai ni telah diawalkan… tarikh baru adalah pada 24 Julai hingga 2 Ogos ni…. Tujuan aku beritahu pengumuman tu bukan apa sebab adik aku yang menuntut di Kolej Teknologi Timur (KTT) di Bandar Baru Salak Tinggi tu baru hantar SMS kat aku minta jemput dia malam ni…. Petang tu lagi dia dah hantar SMS kata kolej kena cuti seminggu… aku dah agak dah ini mesti ada kes kat kolej dia… Tapi bila tengok berita malam tadi barulah aku tahu bukan ada kes tapi pihak UiTM arahkan penuntutnye bercuti awal dari sepatutnye sebagai satu daripada langkah berjaga2 dengan wabak penyakit H1N1 sekarang ni…. Kursus yang diambil oleh adik aku ni adalah kelolaan Program UiTM, maka ianya terlibat juga…. Selain itu juga beberapa kampus UiTM sekarang ditutup atas alasan tersebut….

Nilah Naib Canselor UiTM…. Malam tadi dialah yang buat pengumuman…

Bagus juga langkah2 yang dibuat…. Walaupun secara drastik dan mengejut, tapi untuk mengelakkan dari ada apa2 yang berlaku ia merupakan satu tindakan yang boleh dipuji…. Sukalah budak2 ni tak sempat nak hantar assignment dah kena arah balik…..

Yang aku nak cerita sekarang ni, aku terpaksa ambil adik aku kat Sepang malam tadi juga sebab roommate dia dah mula balik ke kampung… Kalau aku tak ambil dia malam ni, jawabnye dia tidur sorang2 kat rumah sewa dia…. Risau juga aku dahlah perempuan… dahlah tu ada kes terbaru yang melibatkan alam misteri…. kawasan perumahan tempat tinggal dia sekarang ni ada kes budak2 ni jumpa pontianak… siap masuk dalam rumah lagi… tu yang aku risaukan juga…. Aku dengar pun seram siott…..


Jadi malam tadi aku bertolak dari Damansara dekat pukul 9.00 malam, sampai Sepang dalam pukul 10.15 malam…. dia dah stanby dah barang2 nak bawa balik…. So, sampai2 je terus bawa balik…. sebelum tu singgah kejap kat restoran thai… makan malam kejap sebab wife dan adik aku tak makan lagi…. aku dah makan petang tadi so, aku order makan juga…. hehehe…. Aku order nasi putih/telur dadar/tomyam putih… adik aku nasi putih/telur dadar/tomyam merah dan wife aku mee kungfu… waaachaaa…. Pukul 11.00 malam juga aku bertolak balik ke Damansara….. Sampai rumah dekat pukul 12.00 malam juga….

Masuk rumah je, rupanye adik aku yang sorang lagi Si Azu ada…. anak buah aku Si Melly sibuk nak buka pintu….. Diaorang datang rumah sebab belikan bapa aku buah2 kampung seperti Mata Kucing, Buah Mangga, Buah Dokong…. semua tu favorite bapa aku…. dah jadi rutin setiap minggu diaorang mesti belikan…. bagus2 ingat juga diaorang kat mak bapa diaorang walaupun tak jaga…. tapi sekali sekala kena juga jaga kebajikan… takkan aku sorang je…. tanggungjawab beb kena ingat…. amanah tu…. bukan lama sangat pun umur mereka berdua…. selagi boleh kita ambil, kita ambil dan jaga betul2…. untuk kita di akhirat tu…. Dekat pukul 1.30 pagi jugalah baru diaorang balik…. Oklah tuh… esok cuti…

Tapi aku esok ada tugas lain pulak, kali ni kena pergi Shah Alam nak uruskan mak mertua aku pula… Esok dia appointment dengan doktor di Darul Ehsan Medikal Centre (DEMC).. kalau tak silap aku 2 minggu lepas mak mertua aku di masukkan ke wad kerana saluran tekak dia sempit dan bengkak kot…. nak tarik nafas pun tak boleh, kelangkabut juga kakak ipar aku hantar…. nasib baik dekat je dengan rumah di Seksyen 9, Shah Alam…. betul2 di belakang Bangunan Masalam yang Setiausaha Exco mana entah terjun dan mati kat situ…. semasa SPRM buat siasatan… Oklah aku nak tidur, sebab esok dah kena bangun pagi…. Arios Amigos….