Kali ini aku nak bercerita tentang anak buat aku yang paling kecil dalam keluarga aku…. Nama dia Raja Nur Emily Faressna Bt. Raja Iskandar Syazrim Shah a.k.a Melly…. Punyalah panjang nama… Teruk sapa nikah dia ni nanti… Gambar2 ni dirakam kat rumah aku hari tu…. Dia ni suka sangat main kat area dapur rumah aku… dan suka mengacau aku kalau aku berada kat sini… Bila buka peti ais pun dia suka…. macam nak masuk je dalam nye….

Satu hari tu dia buat tarian Breakdance kat area dapur…. dan aku dapat rakamkan aksinye… Jangan tak caya… Korang tengoklah aksi dia ni nanti ye dalam gambar kat bawah…. Sekarang ni umur dia baru 2 tahun lebih tapi mulut macam budak 5 tahun… memebebel je kerjanye…

Satu lagi perangai dia, dia suka sangat posing bila bergambar….. macam mak dia…. kalau dia nampak camera mulalah dia datang rapat….

Time ni dia tengah main2 kat area dapur aku sambil makan kuih bangkit…. kitaorang tengah sibuk kat dapur, dia pun ikut sibuk juga….. Macam tulah kalau dia datang rumah aku… Kalau tak main area dapur dia mesti lepak depan TV tengok Upin dan Ipin….

Haa tu dia, tengah buat aksi Breakdance…. Aku pun tak pandai buat, dia baru 2 tahun dah handal dah… Hehehe…. Cayalah Melly….

Advertisements