Entry ni aku lupa nak publish sebenarnye…. Time ni aku balik sekejap ke rumah mak bapa aku di Banting, Selangor…. Konon2nye balik kampunglah… Tapi sebenarnye aku diarahkan oleh mak aku untuk balik sebab dia minta kemas rumah dan buat apa yang patut…. Macam biasalah jejaka seorang ni dan seorang lagi jejaka dari Damansara akan turut serta…. Jadi aku berdua terpaksalah menjalankan kerja2 kemasyarakatan.

Kami sampai di Banting hampir tengahari…. So, banyak masa yang dapat diluangkan dan kerja2 berat di rumah ni… Balik pun secara mengejut pun…. tapi tugasan seperti biasa…. dari sapu sampah sampailah mengemop lantai…. selain kerja2 sampingan yang lain….

Tugas aku seperti biasa menyapu sampah dan mengelap habuk2 di semua permukaan perabot…. Yang Izzat pulak dia ditugaskan mengemop lantai dari depan sampai ke dapur….. Selesai kesemua tugasan asas, maka tugasan sampingan pula menyusuri…. Yeee…. kerja yang paling aku suka iatu membasuh kereta…..

Jangan cakap aku je yang suka basuh kereta, jejaka sorang lagi pun rajin sebenarnye…. Bila kereta dah bersih, mata sedap memandang dan rasa macam kereta baru je rasanye…. Kalau bawa kereta tu pun rasa selesa je…. kalau tak basuh rasa sebu je bila tekan minyak… macam orang tak mandi, badan rasa lemah je….

Nampak tak betapa kilatnye kami kerjakan…. sebenarnye Izzat yang lap…. hehehe….

Setelah settle kerja membersih kereta, ada satu lagi kerja yang masih belum kami buat…. kerja yang paling sukar untuk kami selesaikan iaitu tidur…… Badan dah penat apa lagi masa untuk tidurlah….. Dapatlah juga lelapkan mata sekejap… Kalau nak ikutkan sampai esok pun boleh jadi…. kalau dah dapat tilam dan bantal….

Kami balik semula ke Damansara lepas Maghrib kalau aku tak silap…. Semua tugasan yang diberikan telah selesai kami lakukan…. Mungkin 2 ke 3 minggu lagi baru balik semula untuk kerja2 seterusnye…. ayat…. tak hingat….

* Sebenarnye esok pagi aku akan ke Banting sebab ada perkara yang aku kena selesaikan…. Mungkin aku balik dengan Anor pulak… sementara dia masih bercuti UiTM….