Cerita kali adalah kesinambungan entry aku tempohari…. Sambungan kali lambat sebab aku hendak masukkan gambar sebenar tempat kejadian tu sebenarnye…. Nanti korang kata aku tipulah pulak… So, kenalah tunggu sampai aku balik ke Banting dulu…. Disebabkan aku kena balik sekejap ke rumah mak bapa aku untuk uruskan sesuatu, itu yang aku dapat tangkap gambar2 ni…. Oklah aku sambung semula cerita tentang ‘Aku Diusik Hantu’ untuk kisah akhir ni dalam bulan yang sama….

Macam biasalah setelah balik dari Studio di UiTM Shah Alam…. Aku akan balik ke Banting… Maklumlah tak dapat duduk hostel UiTM lagi….. Kali ni bukan malam Jumaat, kalau aku tak silaplah hari Rabu malam Khamis kot….. Aku bertolak dari UiTM lebih kurang pukul 1.00 pagi…. Macam biasalah aku akan melalui tempat2 yang pernah dikacau tempohari…. mulalah aku terkumat-kamit membaca segala macam ayat yang mana aku hafal…. Setiap kali kalau aku di kacau, bulu roma tengkuk akan meremang dan jantung akan berdenyut laju…. Sekali lagi aku merasakannye… dalam hati aku berkata “Apa pulak kali ni…. engko nak sakat aku lagi ker…???”…. Mulut entah apa2 yang aku baca…. mulalah teringat balik kejadian2 yang lepas….. So, aku akan elert kali ni…. tabahkan hati dan kuatkan semangat…..

Aku dah hampir sampai di kawasan jirat Hindu di Sungai Sedu ni…. Dalam hati aku berkata, jangan nak pandang2 jirat Hindu ni….. Dah jadi kebiasaannye aku setiap kali lalu aku pasti akan melihatnye…. Tapi malam tu aku cuba untuk tidak memandangnye langsung….. Ye… aku berjaya tak pandang kali ini…. Tetapi sebaliknye, ada sesuatu yang lebih mengganggu aku sepanjang aku tak memandang terus kawasan tersebut….. Hampeh betul hantu ni….. nak juga dia sakat aku kali ni….

Kalau korang nak tahu, semasa aku melalui kawasan tersebut….. Memanglah aku tak pandang kawasan tu, tetapi jarak keluasan mata penglihatan kita sebenarnye luas…. Biji mata kita memanglah pandang ke hadapan tapi keluasan pandangan kita hampir penuh, dan kita akan nampak pemandangan disebelah kiri dan kanan kita… umpama lirikan mata…..

Apa yang aku nampak sebenarnye, aku terlihat di mana hampir setiap batu nesan Hindu tu ada sesuatu yang berdiri di atasnye….. Benda yang berdiri tu dalam keadaan tegak berdiri dan berpakaian serba putih…. macam pocong pun ada, macam puntianak pun ada……. dan aku lihat, semuanye tu seakan memandang ke arah aku…. kalau seekor tu takpe lah, ini punyalah banyak dia kat situ…. huuuiii seram siot aku time tu….. aku takut kalau2 dia tumpang motor aku je… Aku bawa motor pun time tu dah terhoyong hayang…. rasa nak pengsan pun ada…. otak bercelaru dan mulalah berpeluh seluruh badan…. dan aku terasa aku bawa motor time tu sangatlah perlahan, padahalnye aku dah press minyak laju2 dah…. agaknye saje je dia nak suruh aku pandang diaorang…. Aku dah biasa melalui kawasan ni, hampir setiap hari aku lalu dan aku akan faham keadaan dan ketinggian sesuatu benda di sepanjang Jalan Klang Banting ni…. Oleh itu jangan malam2 anda diselubungi misteri….. Hahahaha….. hehehhe….. Kurang ajar punya hantu….

Advertisements