Sejak aku berkecimpung dalam dunia blog ni…. “Chilabaey’s Spot”… Aku banyak belajar dan juga mengambil pengalaman orang lain untuk dijadikan panduan hidup… Tapi ada juga blog2 yang merosakkan minda kita…. Kebanyakkannye berkisar tentang kehidupan dan coretan kenangan di dalam hidup seseorang…. Bagi aku sebagai seorang blogger yang amat baru dalam bidang ini, amat naif dibandingkan dengan blogger2 yang lain…

Hampir setahun juga aku dan blog aku bekerjasama, berganding bahu membuat coretan tentang kehidupan ku serta pengalaman yang boleh dikongsikan bersama… Pelbagai cerita yang menarik aku ukirkan, cerita yang membosankan juga aku catitkan, himpunan pengalaman silam juga aku lebarkan…. semuanye tentang diri aku ni….

Selain dari mencoretkan kenangan serta pengalaman lama… nasihat2 dan pandangan kepada blogger juga aku layangkan…. Walhal aku tak pernah pun jumpa mereka ni…. bagi aku terasa bagai dah lama mengenali…. walaupun tak pernah bersua atau mendengar suara…. itulah di namakan hubungan silaturrahim…… tidak kira bangsa dan agama perhubungan itu boleh dihubungkan dengan pelbagai cara….

Bagi diri aku, banyak juga masa aku luangkan bersama blog aku ni…. hampir setiap hari aku akan pastikan aku ada cerita untuk dikongsi bersama…. pasti ada gambaran sebenar yang akan aku sematkan….

Dan yang pastinye akan ada teman2 yang menemani aku sepanjang bersama blog ku…. Teman2 inilah yang sentiasa menjejakkan kaki mereka ke blog ku, dan senantiasa memberikan komen yang membina sebagai pendorong aku untuk aku terus bersama mereka ini…. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang menjadi penghibur selain menjadi followers ku selama ini…. Segala nasihat serta pujian yang dilemparkan akan aku kutip dan sematkan di dalam jiwaku ini…

Insya-Allah…. Terima kasih sekali lagi…. Assalamualaikum…..