Hari ni aku satu hari suntuk mengadap komputer untuk menyiapkan pelan projek officeBoss nakkan petang ni juga… Mak aii, rasa tak cukup tangan aku dibuatnye…. Bila melibatkan calculation adalah satu perkara yang amat aku ambil perhatian dan tumpuan penuh perlu dibuat… Aku sebagai Perancang Bandar @ Town Planning perlu membuat kerja2 yang melibatkan teknikal dan tektikal dengan mengambil kira piawaian serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan… Dengan kesilapan yang kecil, sesuatu pelan pembangunan itu tidak dapat kelulusan…. dah kena amend semula…. Pelan kali ini melibatkan seluas 1,300 ekar di Shah Alam…. Ada sesetengah pekerja, kalau melibatkan seribu ekar lebih, akan mengambil masa 2 ke 3 minggu, tapi aku tak perlu lama dalam seminggu dah siap…. tapi fokus terhadap kerja tu penting… Jangan ada internet, pasti akan lambat juga…

Tapi aku bukan nak bercerita tentang kerja aku selama ini, tetapi tentang kepuasan bila kerja dah siap dan dah dihantar pada boss…. Akhirnye pukul 3.30 petang tadi aku menarik nafas lega…. email pun dah, maka petang tadi wife aku cadang nak makan Sushi King kat One Utama.… Sebelum tu dia nak survey2 baju kerja…. nasib baik apa yang dicari takde… hehehe….

Bukan aku dengan wife aku sahaja, adik ipar aku pun joint sekali…. dia memang hantu Sushi King…. Macam aku dengan sushi ni kuranglah sikit… kalau selalu tu takdelah tekak tu nak sangat… sebabnye tak berapa nak kenyang…. tapi kat Sushi King banyak variasi menu yang sedap2…. Untuk kali ni, aku nak makan ikan salmon… Salmon Steak Set…. Tambahan dengan sotong kurita kecik (anak dia kot) adalah 3 ekor dalam satu piring tu…

Manakala wife aku pilih belut panggang set… Apa namanye entah… utagi..?? unagi..?? Tak tahulah aku nak menyebutnye…. Menu tambahan Salmon Skin…. Kalau kat foodcourt Lot 10 pun ada, pernahlah juga aku makan bila tengahari…. sedap sebenarnye…. First time wife aku makan belut….. Licin juga pinggan….

Posing sebelum makan…..

Lagi satu kegemaran aku, menu Salmon Skin… Kulit ikan salmon yang digoreng separuh garing…. Cicah dengan kicap yang dicampur wasabi…. memang sedap giler…… Yang lain2 menu tu macam biasalah….

Nilah sotong kurita kecik yang aku order… diaorang tak makan, aku je yang telan…. Sedap apa….!!!

Kalau adik ipar aku pulak, punyalah banyak dia makan…. sushi ikan salmon yang mentah tu…. dekat 6 piring dia sorang je makan… aku kalau bab yang mentah2 tu susah nak masuk tekak…. tekak orang putih, tak main tekak orang Jepun ni… pernah sekali aku layan makan benda tu, sakit perut aku…. so, lepas tu aku tak makan lagi…. yang lain2 tu ok….

Aksi tengah melicinkan pinggan…. sebenarnye bukan kenyang sangat… saje melayan wife aku je…. pasti balik ni mesti makan lagi….

Lama juga aku dalam restoran ni… Dekat pukul 9.00 malam baru balik rumah… Lepas makan tu aku merayau kejap kat One Utama Wing lama je, adik aku nak cari thumbdrive….. selain tu jalan2 survey MacBook Pro…. manalah tahu kalau ada rezeki terpijak lepas ni…. Balik rumah check blog dan sambung kerja office kejap…. Wah minggu ni aku akan ke Party Besday Nuar di Jalan Bukit Bintang….. Apa hadiah nak bagi pun aku tak tahu lagi…. nak bagi teddy bear, budak lelakilah pulak…. kalau budak perempuan tu senang sikit…. Nantilah aku fikirkan… Nuar hang nak apa ye…???