Hari Sabtu lalu, dalam kelangkabut aku ke Ikea untuk membeli sesuatu barang yang akan dijadikan barang hantaran… oppss silap… hadiah untuk seorang blogger aku…. Tak lain tak bukan Si Anuar Kamaruddin…. Katanye hari lahir nye ke-19…. 19 ker…??? Pada hari Ahad ni di Secret Recipe Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur… Rasanye aku takde program apa2 pun hari Ahad ni… Kat Ikea tu, dapatlah barang yang boleh dijadikan hadiah… pilihan dari keadaan tergesa2 sebab lagi 15 minit lagi Ikea dah nak tutup business hour nye…. So, capai apa yang agak menarik jelah… dan sedikit barangan untuk membalutnye…. Sebabnye aku terlelap sampai pukul 8.30 malam… Penat sikit hari ni sebab banyak kerja…

Dah beli tu, terus balik rumah sebab banyak lagi benda yang nak dilakukan…. Si Anuar sebenarnye aku tak pernah pun berjumpa depan mata, sama juga dengan blogger tegar aku yang lain… perjumpaan di dalam blog je… aku pun risau juga, adakah diorang kenal aku esok… bermacam2 bermain difikiran aku… aku dahlah baru dalam dunia blog ni…. tak pasal2 tebal je muka aku nanti…

Tapi beberapa hari lepas aku dah berpakat dengan seorang lagi blogger tegar aku iaitu Wawa_Nadwa a.k.a misswawa.blogspot.com ….. Tanya dia samada pergi ke majlis Nuar tak… dia kata mungkin pergi… So, aku kata kalau dia pergi, aku pergi juga… kalau tak, aku post je hadiah kat Nuar nanti…. Aku sendiri pun tak pernahpun berjumpa dengan Wawa ni, cuma dalam blog dia je….. pun aku buat tebal muka je tanya dia samada pergi ke tak….

Balut punya balut hadiah Nuar, teringat pulak kat seseorang tu…. Dia pun nak datang juga kalau aku datang….. Tapi kalau aku tak dapat datang pun, dia mesti datang juga…. sebab blogger dia juga…. So, aku pun terfikir untuk memberikan sesuatu kat dia kalau aku pergi esok….

Jadi aku pun buat satu extra hadiah untuk seseorang tu… hehehe…. selain Si Nuar dapat hadiah, dia pun dapat supprise dari aku…. Siapakah gerangannye… aku tak buleh bagi tahu….. biarlah rahsia setakat mana boleh… hehehe…. siapa nak teka pun bagus juga…. macam teka ubat aku dulu…. Anuar Dah Ada Hadiah Untuk Engko…..!!!!!!