Berbalik semula Entry aku yang lepas tentang ‘Apa Ada Dalam Secret Recipe Ni ?’ hari tu…. Sebenarnye sambutan harijadi blogger aku Anuar Kamaruddin a.k.a anuarkamaruddin.blogspot.com….. Jemputan dibuat dalam komen dia terhadap aku…. dan juga memandangkan dia selalu masuk dan komen blog aku…. serta secara tak langsung kawan kepada blogger tegar aku sorang lagi ni…. maka aku memberanikan diri untuk pergi ke sambutan si Nuar ni di Secret Recipy, Jalan Bukit Bintang, KL…. Sebelum tu aku dah berpakat untuk pergi ke sana dengan blogger tegar aku ni…. Cik Wawa_Nadwa…. kalau dia tak pergi aku pun tak pergi jugalah jawabnye…. Segan siott…. Dahlah tak pernah jumpa depan mata, yang Wawa ni pun sama juga, nilah first time nak jumpa…. sebab aku ada sesuatu untuk dia…. hehehe….

Tempat berkumpulnye kitorang untuk meraikan harilahir Nuar yang ke-19… (19 ker..??)…
Sebenarnye aku amat letih dan penat sangat sebelum sampai ke sini…. Sebabnye malam tu pukul 2.40 pagi, kereta adik aku rosak kat basement parking TV3… Bateri kong, tak boleh start… jadi kena ambil dia kat TV3…. Check semula kereta apa yang rosak… Sah bateri kereta… oklah tinggalkan dulu kereta malam ni esok kita settlekan…. Singgah kedai mamak kejap kat TTDI…. pekena teh mamak kejap (tapi aku order teh o ais juga)…. Tidur dekat pukul 6.00 pagi… So, pagi lagi dah keluar ke area Damansara untuk cari kedai sparepart, punyalah susah sebab hari ni hari Ahad…. Dapatlah satu kedai tu, so bayar duit bateri dan minta dia pasangkan (kena tambah lagi RM15 untuk upah)…. tapi dia datang dengan alatan check baterilah…. Beteri settle….
Tengah2 panaskan enjin tiba2 terdengar satu bunyi bergesel sekejap…. cepat2 suruh adik aku matikan enjin dan buka boot…. ada bau hangit… bukan bau kabel… tapi bau getah terbakar…. berderau jantung aku… macam kenal je masalah tu…. lepas tu suruh dia start semula…. terjadi lagi, kali ni 2 kali bunyi siap dengan asap sekali…. tutup enjin….. Call mekanik aku kejap tanyakan masalah tu…. kemungkinan compressor aircond sangkut…. dahlah sistem bealting dia sekali dengan alternator dan apa benda entah satu lagi…. Pergi pulak ambil makenik aku kat Penchala sebab dia tak sihat…. kesian mamat tu… Makenik aku tu kata kena bawa check kat kedai aircond… bawalah kereta tu slow cari kedai mana yang buka…. dapat satu kedai, diaorang check kemungkinan besar benda yang mekanik aku cakap…. hari ni tak sempat buat kena bawa esoknye… oklah jadi aku bawa balik makenik aku balik dan bergegas terus balik rumah aku pulak…. siap2 pergi ambil anak buah aku kat rumah dia pulak… dahlah jauh…. masa dah pukul 1.30 petang….. Budget bertolak pukul 12.00 tengahari…. rosak program aku…. nak buat macamana dah adik ipar, time ni aku tolong dia nanti2 dia pulak tolong aku…. kalau nak tolonglah…. Sebab tu aku sampai dekat pukul 2.30 petang…. aku ingat aku yang lewat, rupanye ada juga seseorang tu datang lagi lewat…. hehehe….

Sepotong kek untuk tetamu yang hadir….. Kalau nak lebih pun boleh… Nuar belanja….

Aku sampai dekat pukul 2.30 petang dengan anak buah aku Intan…. Jam kat depan Berjaya Time Square…. Dalam perjalanan nak ke sana, macam2 aku fikirkan…. Maklumlah baru pertama kali nak joint diaorang ni…. segan pun ada, silap2 diaorang tak kenal aku… dahlah aku ni chilabaeys sikit….. Alhamdulillah masuk2 je pandang Nuar, dan dia kenal aku sambil panggil nama blogger aku ‘Chilabaey’s’….. Terharu aku seketika…..

Dari pengamatan aku tentang Si Nuar ni…. dia merupakan seorang yang amat lemah lembut orangnye…. sangat2 menghargai seseorang dan sopan dengan orang…. selain tu amat cepat mesra serta menyesuaian dirinye dengan dengan orang yang baru dia kenal… macam aku…. so, akupun taklah kekok sangat berborak dengan dia…. kiranye boleh menjadi calon menantulah kalau sesiapa nak cari calon…. amboi aku siap promote anak orang lagi….. tapi itulah hakikatnye…. aku suka tengok keterampilan dan peribadinye hari tu….

Baru je duduk Nuar hulur doorgift kat aku dengan Intan…. alamak aku lupa hadiah untuk dia…. so, aku pulak balas semula hadiah dia…. Time tu juga ramai juga tetamu dan kawan2 blogger dia… dekat 8 orang kalau aku tak silap….. dalam ramai2 tu aku tak nampak pun Si Wawa, dah datang ke belum…. Tanya Nuar, Nuar cakap dah on the way….. Ok…. tengah jalan ke SR…. Toleh2 kat depan SR tu dah nampak adik lelaki dia sebalik tiang, tapi dianye kat mana tak nampak…. Lepas tu phone aku berbunyi sekejap…. Wawa call aku… tak sempat sambut deringan dah berhenti…. dan dia disambut oleh Nuar kat depan pintu SR….. Dalam hati aku, oooo nilah Wawa yang aku kenal kat blog… kecik je orangnye…. Jumpalah aku setelah sekian lama memblog dalam blog dia….. Yangbestnye sebelum Wawa sampai, ada ker Si Nuar kata aku dengan Wawa saudara mara sebab Wawa ada panggil aku pakngah…. kelakar juga aku dengornye…. dapat lagi sorang aku anak buah lepas ni….

Tentang Si Wawa ni, yang aku nampak dan aku fahami sepanjang petang tu….. Dia jenis yang cepat mesra dengan orang….. macam Nuar juga…. dan banyak benda yang nak diborakkan…. suka bercerita…. suka senyum….. dan aku rasa jenis yang nak cepat buat sesuatu…. Mula2 tu aku senyap juga tak berkata apa2… segan siot…… dengan perempuan pulak tu, kalau dengan lelaki macam Nuar aku redah je…. Lama2 tu barulah aku nak bercerita dan berborak dengan dia…. tentang sejarah aku joint blog dia dan macamana terjebaknye aku dengan blog dia….. mesra pelanggan juga dia ni…. so far aku seronok juga berborak dengan dia walaupun first time jumpa….

Cik Wawa_Nadwa dengan bodyguardnye…..

Posing birthday boy dengan Wawa_Nadwa….. Senyum Wawa dengan adik dia samalah…. maklumlah satu perut…. hehehe…..

Tengah bersembang dengan pelbagai topik walaupun bercampur gaul…. yang mana nak didulukan dan yang mana nak diakhirkan…..

Time ni pulak tengah mendengar syarahan dari Nuar…. macam husyuk je mendengan cerita dia tentang dia patah kaki…..

Gambar kenang2an dengan blogger2 : Chilabaey’s, Wawa_Nadwa, Nuar, Nemo dan Jim….

Blogger2 : Aku, Nemo, Jim, Remy, Ritz, Wawa dan Nuar….

Apa yang geli hatinye masing2 pun aku tak ingat….. Seronok sangat…..

Time ni mula2 aku sampai (Wawa tak sampai lagi)… ramai geng2 Nuar ni…. Zaly, Haniz, Karl dan Wan… serta barisan yang dibelakang tu…. kesian nampak tak nampak je kitaorang time tu….

Inilah hadiah Nuar untuk blogger yang hadir…. Apa ada dalamnye kena teka…..??? Apasal tak datang hari tu…???

Pukul 4.00 petang tu baru kitaorang beredar dari SR… Salam2 apa yang patut…. ucap2 apa2 yang perlu…. dan calling2 kalau ada function lepas2 ni…… Mata Si Nuar time ni dah merah sangat dah…. Kesian dia…. tapi tetap melayan tetamu sehingga ke titisan air peluh yang terakhir…. hehehe…. aku pulak menyerahkan sesuatu kat Si Wawa pulak…. Apa dia tu, biarlah rahsia…. Untuk apa aku bagi sebab2 yang tertentu… Kalau nak tahu, tanya dia sendiri….. Nuar Selamat Hari Lahir Yang Ke-19 sekali lagi…. (19.. ker..??) Moga Dipanjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki dan Jangan Lupa Panggil Kami Lagi….. Hehehehe…..

P/S : Wawa_Nadwa…. Bila nak main bowling ni…??? Kereta dah keluar dah….. Bila ni…????

Advertisements