Ini adalah anak buah kesayangan hamba….. Nama malas nak sebut panjang sangat dan ejaannye tak ingat…. Nama panggilan Melly a.k.a Adik…. Tapi aku nak sebut juga, nama panjangnye Raja Nur Emily Fareesna Binti Raja Iskandar Syazrim Shah…. Umur baru 2 tahun…. Mulut, beret….. Tak reti nak diam…. cara percakapan dan sebutan dah macam budak 4 tahun….

Hari ni dia datang rumah aku pagi2 lagi sebab baby sitter dia ada hal kecemasan di kampung… So, adik aku Azu minta tolong mak aku jaga dia…. Pukul 8.30 pagi tadi mamanye hantar kat rumah aku…. Aku dah keluar hantar wife aku time tu….. Yang aku pulak ada kerja luar so, terpaksalah mak aku jaga dia kejap….. sementara aku balik…. Mak aku pun bukan kuat sangat nak jaga budak sekarang… dahlah bapa aku pun mak aku nak jaga….. cucu punya pasal tak kisah….

Tengah trim rambut pakngahnye…. habis rambut aku digodeknye….

Dalam pukul 12.30 tengahari tadi, aku settle kerja so, aku balik rumah terus…. Sampai rumah je Melly dah berlari ke pintu jumpa aku…. Bagi dia makan nasi dan makan buah….. Lari sana lari sini tak reti duduk diam…. Hyper betul budak ni… tapi yang penting dia dengar cakap…. Port selalu aku dengan Melly lepak adalah bilik tidur aku…. main lompat2 atas katil…. budak tu je yang lompat2, aku tak masuk campur…. kalau aku joint sekali nanti nescaya patah seribu katil….

Tak lama lepas tu aku kena pergi ke Kota Damansara kejap…. ada hal penting…. dia nak ikut tapi aku kata nak pergi kerja dan aku umpan dia dengan handphone lama aku dan mainan…. baru dia senyap… kalau tak tadi dah nangis dah nak ikut…. siap pesan kat aku lagi nanti beli coklat…. Entah pukul berapa entah, aku balik semula ke rumah…. Mak aku kata tadi dia dah tidur kejap…. masa aku balik tadi dia dah bangun balik…. tidur kejap untuk recharge batery…. lepas tu apa lagi sambung balik aktiviti dia….. macam tulah budak2…. Aku pulak pula lupa nak belikan coklat… nasib baik dia tak tanya….. hehehehe…. selamat2……