Assalamulaikum Kepada Semua Blogger2 Aku Selama Ini….

Apa yang anda perasan sekarang ni berbanding dahulu…??? Perkara yang amat senang dibuat dan juga paling senang disebut di bibir kita… Aku tak berapa puas hati dengan mereka2 yang sering menyebutnye tanpa memikirkan dan berfikir panjang…. Adakah mengikut peredaran zaman atau mengikut persekitaran kita yang semakin canggih ni…. Di mana letaknye tiang agama kita dan di mana letaknye nilai2 beradaban Islam selama ini…

Kalau difikirkan sekarang ni, kita sering sibuk menguruskan diri kita di dunia akhir zaman ni, dan juga kita sering leka dengan urusan dunia sehingga kita abaikan tanggungjawab kita ini semasa di dunia…. Mengapa kita perlu lupa akan kewujudan pencipta kita serta kekuasaan-Nya… Dan yang aku ingin katakan di sini mengapa kita sekarang ni tidak mahu menyebutpun nama-Nya….. Perlu kita lihat dan renung bersama, apabila kita lupa akan nama-Nya serta mengingatkannye, maka dengan senang jugalah Allah akan melupakan kita dengan tidak menghiraukan apa yang kita pinta nanti….

Apa yang aku lihat dan renungkan sekarang ni, terutama remaja kita dan tak terkecuali golongan2 tertentu, sering dan selalu sangat sekarang ni…. apabila melihat sesuatu yang cantik, perasaan terperanjat, terjumpa dengan kawan lama dan sebagainye… Mereka ini dengan lajunye sering menyebut ‘Oh My God’ a.k.a OMG….. Tiada ke nama tuhan kita sekarang ni…???? Perlukah kita terikut2 dengan cara orang yang beragama lain…??? Adakah kita malu untuk menyebutnye….??? Atau ada mereka sekarang ni cuma bertopengkan Islam sahaja…. tapi dalam hati memberontak untuk mengikut ajaran lain…. Sungguh aku tidak berpuas hati dengan keadaan ini…. Dan yang jelas sekarang ni kebanyakkan artis2 kita pun sama…. kononnye dengan menyebut ‘OMG’ tu, kita di satu tahap golongan yang berada dan kelasnye tersendiri kot….

Bodohlah…..!!! Bukan susah sangat pun nak menyebut nama tuhan kita…. Dengan menyebutnya itulah yang membezakan kita Islam dengan agama yang lain… Dah lama aku bukukan di dalam hati tentang hal ni…. Dan ada juga blogger2 aku yang melakukan sedemikian…. Bukanlah aku ni jenis kuat beragama dan alim seperti alim ulamak, kadang2 tu terlepas juga suruhannye… tapi sekurang2nya kita harus hormat dan buatlah sesuatu untuk Tuhan kita Allah SWT…. nescaya dengan kita berbuat begitu akan dapatlah kita rahmat dari-Nya kelak…. Kalaulah blogger2 aku dapat renungkan bersama tentang hal ni, apa kata kita ubah semula dan kita mulakannye semula mulai saat ini, boleh…??? Insya-Allah…..

Advertisements