Sekarang ni aku baru balik tengok wayang…. Petang tadi dalam pukul 7.30 petang adik ipar aku call… time tu aku baru je lepas mandikan bapa aku…. Apahal pulak ni… kereta dia rosak ker…??? Last2 dia tanya aku nak pergi tengok wayang tak…??? Cerita G.I.Joe : The Rise Of Cobra…. Memang aku nak tengok sangat movie tu, tapi dalam minggu depanlah…. dah dapat tiket free….

Dia kata ada 2 tiket masuk percuma lagi…. Tapi pukul 9.00 malam…. Tanya dia balik “kamu balik pukul berapa…??”… “Dalam pukul 8.00 malam” jawab adik ipar aku…. Dalam hati aku, sempat kot…. oklah setuju pergi…. hehehe… tapi kat mana…?? Rupanye kat Mid Valley…. Alamak jauh juga ni….

Dalam pukul 8.15 malam dia sampai kat lobi untuk pick up aku di rumah…. Apalagi macam lipas kudunglah bawa kereta… nak mengejar masa dan nak cari parking lagi…. sure ramai orang punya ni…. Sampai Mid Valley dalam 8.35 malam…. Betul sangkaan aku, Mid Valley ramai orang…. cari parking pun berebut… tapi nasib baik kitaorang baik…. sebab tersalah arah masuk, tapi dapat satu parking kosong…. cantiklah….

Terus ke GSC…. Pintu 3 belum lagi boleh masuk….. Oklah tuh…. dalam pukul 8.55 malam baru kitaorang masuk dalam dan mencari tempat duduk yang sesuai…. dapat kat tengah dan posisi yang baik…. Selesai pukul 11.05 malam…. Aku boleh bagi 8/10 bintang untuk movie ni…. Memang best, macam kita tengok cerita Starwars lah rasanye…. tapi movie ni memaparkan aksi2 yang berterusan dan kita tak mengantuklah menontonnye…. selain special effectnye yang cantik mengkagumkan aku sepanjang menontonnye…. yang pasti awek2nye yang menawan hati… hehehehe….. Best……