Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang akan tiba pada 31 Ogos ini…. Terasa dan tersentuh juga hati bila mengingatkan apa jasa aku kepada negara setakat ini….. Dan apakah sumbangan aku untuk memajukan negara ini…..

Kebetulan hari Sabtu lalu, kan aku pergi sarapan kat Tanglin…. Aku pun pakat nak bawa wife aku, Intan dan Izzat pergi ke Tugu Negara bersempena kemerdekaan negara kita tak lama lagi…. Macam aku, hampir 22 tahun tak ke sana… lalu sahaja tak pernh nak masuk…. Wife aku pulak lagi teruk tak pernah masuk pun…. maklumlah orang Ipoh…. Intan dan Izzat dah pergi dah baru2 ni…. So, banyak perubahan di kawasan tersebut…. dulu bukan ada apa2 pun….

Dengan hati yang sangat excited untuk pergi melihat Tugu Negara….

Nilah pemandu pelancong aku untuk hari ini selain menjadi supper aku…. Hehehe….

Dah ada kawasan cenderahati untuk pelancong….. Macam2 juga ada dijual di sini…..

Tengah menunggu wife aku ke toilet…. Kitaorang posing di sana sini….

Dah hampir dah ke Tugu Negara yang dinanti2kan….

Sikit lagi… sikit lagi…. Dah nampak dah….

Inilah keadaan Tugu Negara yang menjadi kebanggaan negara kita…. Dan banyak mencatatkan sejarah negara kita….. Aku amat besar hati dan berbangga dengannye…. Sayu je hati bila melihat patung2 yang berada di atas tu yang mana menggambarkan pengorbanan tentera kita untuk menjaga keamanan negara…. Pengorbanan yang tak akan kita dapat dan sanggup lakukan sekarang ni….

Yang ini adalah Tugu Peringatan untuk mereka2 yang telah terkorban dalam mempertahan negara kita…. berdiri tegak seumpama berdirinye mereka semasa mempertahankan negara….

Gambar2 yang dapat dijadikan kenangan untuk selama2nye…. Hari yang penuh bermakna bagi diri ku…. Akan aku datang setiap tahun lepas ni…. Insya-Allah aku akan lakukan….

Izzat yang menjadi photographer aku hari ini…. Nasib baik aku bawa 2 camera, so satu aku bagi dia pakai….

Aku, Intan dan wife aku bergambar kenangan berlatar belakangkan Tugu Negara….

Seronok wife aku hari tu, maklumlah first time pergi…. Walaupun dia tak tahan panas…. Maklumlah kami pergi di tengahari….

Aksi posing dengan tiang di perkarangan Tugu Negara…. Izzat punya idealah ini….

Gambar candid dari aku untuk anak buah aku yang keletihan bergambar dan menangkap gambar kitaorang….

Begitulah aksi Izzat menangkap gambar, macam nak tertonggeng di buatnye…..

Aku bangga menjadi anak Malaysia…. Negara yang aman damai tak seperti negara2 lain di dunia ini… So, kita kekalkan perpaduan dan hormat menghormatilah sesama insan…. Insya-Allah semuanye akan aman damai….

Di pintu masuk Tugu Negara…. Juta negara…..

Beberapa gambar candid Izzat yang aku sempat rakamkan…. Umpama berbalas tembakan… hehehe….

Di akhir lawatan kitaorang, posing dekat pintu gerbang Tugu Negara…. Kitaorang balik dalam pukul 12.30 tengahari…. Anak buah aku hantar ke rumah, kalau ikutkan kitaorang nak ke Muzium Negara pulak lepas tu…. Tetapi Intan dan Izzat adahal pulak, aku pun cadang lain kalilah kita pergi…. banyak lagi masa…..

Perasaan aku ketika melihat Tugu Negara tadi umpama aku excited melihat Ka’abah semasa di Mekah dahulu…. Tapi taklah sedalamnye melihat Ka’abah untuk pertama kali dengan iringan airmata dan sebak di dada…. Hati yang sayu dan pilu serta hentaman yang kuat di dada ketika itu…. Subhanallah….

Tapi apa2 pun hari ini aku amat gembira dengan lawatan yang dibuat setelah sekian lamanye aku tak menjejakkan kaki ke sana…. Syor aku bagi mereka yang belum pergi, bawa2 lah diri tu untuk melawat Tugu Negara ini…. takkan tengok dalam TV je…. Kemerdekaan negara amat bermakna untuk diri aku sebagai rakyat Malaysia….

Advertisements