Siapa budak ni dalam family ku…??? Umur dah masuk 3 tahun dah…. Sangat petah bercakap dan suka bergambar…. Macam2 aksinye dapat dilihat bila lensa camera di halakan kepadanye…. Lama aku tak jumpa dia dan dah besar pun budaknye…. Dengar perkhabaran sahaja selama ni….

Akhirnye tarikh 13 Ogos 2009 bersamaan sambutan jamuan makan2 mak aku, dapat juga jumpa budak ni…. Itupun setelah Intan dan Izzat bawa dia ke rumah aku petang tu…. Siapa gerangan budak ni ye…???

Namanye Betrina ____ ____ (tak ingat dan susah nak eja) a.k.a Ciecie…. merupakan anak buah aku yang menetap di Lapangan Bali, Jakarta…. Adik beradik tiri Intan dan Izzat… Maknye merupakan kerabat di Raja Kesultanan Jawa Tengah di sebelah Permaisuri Raja Jawa Tengah…. Orangnye sangat low profile…. Kebetulan bapa Intan dan Izzat sakit maka mereka dari Jakarta datang ke sini untuk menjaga dan melawat…. Budak ni comel sangat…. Sangat petah bercakap tetapi dalam bahasa Indonesia… Aku suka dengar dia bercakap…. macam kita tengok drama Indonesia di TV3 petang2 tu….

Esoknya Ciecie akan bertolak balik ke Jakarta….. dah seminggu lebih dia kat sini…. Sebab tulah Intan dan Izzat datang bawa budak tu tunjuk kat mak dan bapa aku serta pakngah dan makngahnye…. Bila lagi dia akan datang ke Malaysia aku tak tahu…. tapi aku suka sangat dengan budak ni….. Selamat Pulang Ke Jakarta Ya……

Advertisements