Aku baru balik dari HUKM, Cheras…. Hari panas betullah…. Dahlah parking kat dalam HUKM tu sendiri tak cukup, so aku berpusing2 beberapa kali dalam parking… Tak dapat juga parking pun…. Last2 aku ambil keputusan keluar balik dan parking kat kawasan Stadium Bola Sepak Cheras.… Taklah jauh sangat…. Tapi berpeluhlah juga k****k nak menapak sampai ke Bangunan HUKM…. Yang bagusnye parking ni, ianya FREE…!!!

Sampai je kat bangunan HUKM tu, fulamak ramainye orang pakai mask…. Naik seram sejuk aku rasa…. Sebab kat HUKM ni sendiri diaorang telah membuat pusat untuk mereka yang mengalami dan dijangkiti H1N1… dulu tertumpu kat Hospital Sg.Buloh je…. Aku dahlah tak pakai mask, ni yang buat seram sejuk je ni…. Tawakal jelah… lepas ni aku akan pakai mask…. Hari aku ke HUKM adalah untuk menyambung ubatan bapa aku untuk 2 bulan lagi…. sepatutnye aku ambil hari Jumaat minggu lepas… bila tengok semula surat ubat, alamak dah terlepas tarikh tapi nasib baik ada lagi ubat untuk sehari dua lagi…. cuailah aku kali ini…. Tak boleh diamalkan ni….

Tanya pegawai yang bertugas, ubat boleh diambil pada pukul 4.00 petang… sebab surat ubat kena melalui doktor yang merawat dahulu…. ok itu aku tahu dan macam biasalah tiap2 kali ambil ubat…. Aku cakap kalau petang ni aku tak sempat sebab aku ada kerja kat tempat lain…. aku akan datang esok pagi untuk collect ubat…. So, sekali lagi aku akan ke HUKM esok pagi… Aku akan pakai mask kali ini….. Bahaya dan kritikal tau situasi sekarang ni…. cuma taknak diwar2kan je… takut orang panik…. jadi kita haruslah berwaspada dan sediakan payung walaupun hari tak hujan…. Arios Amigos…..