Mak Aiiiii…..!!!! Banyaknye….. Dah rasa macam pemborong ikan dah aku semalam…. sekali tengok macam nak buat lauk untuk restoran makanlah pulak…. hehehe…. sebenarnye semalam, pagi2 lagi aku dan wife dah pergi ke Pasar Borong Selayang Baru….. Dah lama juga aku tak sana… selalunye 2 atau 3 bulan sekali dan juga kalau ada nak buat makan besar je aku akan ke sana…. bukan apa sebenarnye, untuk simpan stok bulan puasa nanti…. beli siap2 untuk setengah bulan punya stok….

Ikan yang pertama menjadi mangsa aku iaitu Ikan Kekek dan Ikan Sardin…. Ikan Kekek ni susah juga nak dapat…. kebetulan ada, akupun beli sikit….

Paling aku menyampah nak siang adalah Ikan Kekek sebab rahang dia keras sangat….

Kali ni aku borong beli ikan dan ayam dulu…. sebab dah tak cukup tangan sebenarnye…. duit pun dah lebih budget… rambang mata sebenarnye kalau ke pasar ni…. sayur2 akan aku beli pada hari Jumaat atau Sabtu pagi…. tempat yang sama….. Tapi kalau nak diikutkan dari segi harga, pasar jauh lebih murah dan selain tu kita dapat ikan dan sayur2 yang fresh…. Sebelum aku ke pasar borong ni, aku dah survey dulu harga di kedai2 runcit kat area rumah aku…. memang ternyata harganye lebih murah dan berbaloi kat sini…. dari dulu lagi dah tahu tapi malas nak ke pasar, sebab orang ramai… so, beli juga kat kedai bawah… hehehe….

Mangsa ke tiga aku iaitu Ikan Bawal Cermin….. Siap kau aku siang….

Mangsa ke 4…. Ikan Cencaru a.k.a Ikan Jeket…. Ikan kegemaran di asrama2 dahulu…. ikan paling aku tak suka siang sebab boleh makan tangan aku dengan duri di badannye….

Ikan yang ke-5…. Ikan kembung…. ikan yang agak popular dengan masyarakat kita…. balik2 ikan kembung… balik2 ikan kembung… takde ikan lain ker…???

Mangsa aku yang ke-6…. Ikan talapia…. buat goreng bercili…. cili api pulak tuh… perhhh sodapppp….. kato omak den….. Ikan ni senang sikit siang sebab kat pasar tadi diorang dah siang siap2…. hehehehe… aku cuma kerat 2 jer….

Mangsa seterusnye Sotong…. Aku serahkan kat wife aku pulak…. sebab pinggang aku dah sakit…. banyak sangat ikan yang aku siang tadi…..

Dan akhir sekali, Ayam 2 ekor…. yang ni aku malas sikit nak bersihkan sebab leceh dan berlemak2 di tangan…. Macam kitaorang, kulit kitaorang buang sebab tak makan kulit….

Dah settle dah semua mangsa2 yang aku beli tadi….

Macam aku pentingkan kekemasan dan kebersihan dalam semua benda sekali pun…. So, aku masukkan semuanye dalam bekas supaya senang untuk diambil selepas ni…. Wife aku pulak kerja dia lepas ni akan labelkan bekas tu untuk senang cari, tak payah nak buka2 tudung… maklumlah kalau dah letakkan kat freezer atas dah sah susah nak buka nanti….. Bagi menyenangkan mak aku, wife aku dan aku sendiri… maka cara beginilah yang selalu kitaorang lakukan….

Macam nilah selepas dilabelkan…. senang carikan…???

Punya banyak aku beli hari ni tak terfikir pulak tentang tempatnye nanti…. Takpe peti ais aku besar… so, semuanye tu muat untuk dimasukkan…. itu bahagian atas…. bahagian bawah akan datang pulak untuk sayur2…. Puasa dah nak dekat dah…… Selain dari ikan…. ada juga beberapa barang lain yang dibeli untuk stok2 bulan puasa ni…. Telur masin 1 kotak, telor ayam 2 tray, air kordial F&N, Laici tin dan lain2 lagi….. Bukan apa, untuk disedekahkan kat jiran2 keliling dan juga untuk family kat Ipoh…. Memang tiap2 tahun pasang niat macam tu…. untuk permulaan puasa….. Settle je semuanye, aku dan wife keluar balik ke Kota Damansara untuk menghantar tudung jahit tepi sebab ada tempahan (custom made) dari regular custumer…. So, cuti wife aku dipenuhi dengan aktiviti persediaan sebelum puasa…. Macam nilah aktiviti kami tiap2 tahun….. Selamat Berpuasa Semua…….