Antara kegembiraan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak ni…. aku juga didampingi dengan kesukaran di dalam hati aku…. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berpuasa dan begitu jugalah tinggal beberapa hari lagi bapa aku akan di masukkan semula ke wad HUKM…. Bapa aku akan menjalani satu operation kecil yang dipanggil ERCP….. iaitu menggunakan skop ke dalam mulut menerusi tekak terus ke bahagian dalam saluran perut kita…. Tujuan untuk check semula kawasan di mana hempedu tempohari dibuang… kalau2 masih ada kebocoran…. Adoiii salkit tu…. ini kali kedua bapa aku akan menghadapinye…. Bapa aku akan ditidurkan/dibius sepanjang operation itu dijalankan…. nampak macam mudah, tapi mudah bagi orang muda seperti kita…. bagi orang yang telah tua ianya satu keazaban….

Isnin ini bapa aku akan dimasukkan ke wad dahulu dan pada tarikh 24 Ogos 2009 ni dan kemungkinan keesokan harinye baru operation tu akan dijalankan…. Yang menjadi kerisauan aku bukan pada bapa aku tetapi kepada emak aku…. Takut aku tak dapat menguruskan persiapan berbuka dan keperluan lain semasa berada di wad nanti…. Sekarang ni mulalah otak aku ligat semula mulai sekarang untuk memikirkan tentang tu…. Takpe tanggungjawab tetap tanggungjawab….. Insya-Allah….

Advertisements