Mengapa aku botakkan kepala aku…??? Sebabnye sebab sukar untuk aku jaga rambut aku…. Hati pun susah, sentiasa berhati2 dan banyak lagi sebabnye…. Tapi bila dah takde rambut ni, memang selesa dan tak perlu fikirkan apa2…. Senang jaga, tak perlu sikat dan shampoo pun tak payah…. pakai sabun mandi je terus….. Tapi masalahnye bila nak lap kepala, mesti tersangkut kat kepala…. towel melekat terus kat kepala, susah nak tarik macam semasa ada rambut hari tu…. Apa pendapat blogger aku..?? Suka tak aku botak…??? Yang pastinye ada yang suka dan ada juga tak suka dengan lelaki botak…. Bagi aku, aku bila botak ni aku rasa macam hensem semacam jer… cewah…. tapi kadang2 tu macam orang jahat dalam cerita melayu pun ada…. kelakar pun ada…. hehehehe…. Yang pastinye kepala aku dah botak dah….. Apa penyebab aku botak…??? Jawapannye di bawah ini…. :

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Aku mengerjakan ibadah UMRAH…..!!!!!!

Inilah gambar sebenar… Hehehe… Jangan marah ye kawan2….. Saje buat suspen….. Saje gurau2…. Dalam blog ni pun aku tak pernah pun buat gempar sebelum ni….. Nak tengok apa responde kalian tentang diri aku…. Memang banyak responde mengenainye….. Terima kasih kepada mereka yang mengomennye yer…. Mohon ampun…

Pada tahun 2006 dulu, aku berpeluang untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama2 dengan wife aku dan juga family mertua ku…. Banyak dugaan yang aku tempuhi sebelum mengerjakan Umrah ni…. Mungkin dugaan untuk aku sebagai hambanye…. Mungkin aku tak bersyukur, mungkin aku riak, mungkin aku tak ambil endah dengan keadaan sekeliling dan ada rahmat dengan segala yang berlaku terhadap aku supaya aku lebih berhati2 dalam menjalani kehidupan seharian dan mendatang…..

Aku mengerjakan Umrah selama 8 hari sahaja…. Memang tak cukup sebenarnye bila kita dah sampai di sana….. Memang berat juga hati untuk membuat keputusan samada hendak atau tidak pergi ketika itu…. Tapi bila difikirkan semula, memang satu kemestian dan juga satu cara untuk kita memusabahahkan diri kepada Ilahi….. Dengan perkara yang berlaku ketika itu, memang hampir aku putus asa untuk pergi menghadap-Nya….. Alhamdullillah hati aku masih terbuka untuk ke sana setelah apa yang terjadi….. Subhanallah….

Keindahan Masjid Nabawi…… Di Madinah…..

Di Khubah Hijau tulah di mana Nabi Muhamad SAW kita disemadikan bersama dengan sahabat2nye….

Aku memang kagum dengan bangunan yang telah dipelihara dan dijaga….. Bangunan masjidnye sangat indah dan cantik sekali…..

Yang ini Zouk atau pasar yang berada di sekeliling Masjid Annabawi….. Menjual pelbagai barangan dan cenderamata yang cantik2….

Dalam 8 hari tu, 4 hari diperuntukan untuk kita membuat ibadah di Madinah dan manakala 4 hari lagi diperuntukan untuk mengerjakan Umrah di Mekah…. Memang singkat sebenarnye…. kerana kebanyakkan harinye kita berada di dalam perjalanan sebenarnye….. Semasa di Madinah ni kita akan melakukan pelbagai perkara2 sunat yang telah disyaratkan…. Kalau tidak, banyaklah perkara sunat yang harus kita lakukan terlepas dan mungkin tak mengikut aturan yang sebenar….. Sebab tulah aku terpaksa menjalani kursus Umrah sebelum bertolak….

Ketika ini aku berada di hadapan masjid 2 kiblat…. Cantik sangat masjidnye….

Bergambar kenangan bersama wife aku, Norazlinawati Ahmad a.k.a Iena…..

Time ni aku, wife aku dan opah wife aku…. di apa nama tempatnye aku dah lupa…. di sini terdapatnye makam sahabat2 Nabi kita dan juga pahlawan2 zaman Nabi dulu….

Terdapat juga kawasan perniagaan yang menjual pelbagai jualan…. dari kayu sugi hinggalah makanan2 kering seperti kacang2….. Rambang mata juga sebenarnye…..

Dalam kita mengerjakan Umrah, kita juga akan dibawa menziarahi tempat2 bersejarah di dalam Islam yang diceritakan di dalam Al-Quran….. Tempat2 yang amat penting dalam sejarah Islam sebenarnye….. Dan selain itu juga kita akan dibawa ke tempat2 untuk membeli belah….. seperti kilang Kurma untuk sesiapa yang mahu membawa balik ke Malaysia nanti…. Dan di sini jugalah kita patutnye beli kerana selepas ni, bila berada di Mekah kita sebolehnye akan menggunakan masa yang ada untuk mengerjakan Umrah wajib dan ibadah sunat yang lain….. kerana masa yang tak mencukupi….

Time ni berada dalam kilang dan kedai menjual pelbagai jenis kurma dan buah2an kering…..

Hensem tak pak arab ni…. Hehehe…. sempat juga tangkap gambar diaorang….

Beginilah jemaah dari Malaysia… punyalah ramai time membeli….. termasuklah aku juga….

Setelah 4 hari di Madinah, aku berangkat pula ke tujuan/kawasan sebenar untuk mengerjakan Umrah…. iaitu ke Mekah…. Di sinilah aku telah mula memakai kain ihram….. Malangnye gambar aku memakai kain ihram entah ke mana entah…. jenuh juga cari tapi tak jumpa…. Perjalanan menggunakan bas untuk ke Mekah…. lama juga perjalanan tersebut….. naik kematu muntut……

Inilah mutawif @ pemandu Umrah kitaorang…. Baik sangat orangnye…. Penyabar dengan kerenah jemaah dan dia sering hairan dengan jemaah Malaysia, kalau singgah di mana2 sahaja mesti nak shopping….. Yang shopping diaorang bukan aku…. Dalam perjalanan dia akan menerangkan tentang bagaimana untuk mengerjakan Umrah dan pelbagai cerita tentang Islam…. Jadi takdelah boring sangat dalam bas….. Dia akan menemankan kita orang sehinggalah di Mekah dan juga menunjukkan cara sebenar dan tempat sebenar mengerjakan Umrah semasa di Mekah…. terima kasih Ustaz……

Semasa mengerjakan Umrah di Mekah aku tak rakamkan sebab aku menumpukan perhatian dan mengerjakan ibadah2 yang disyaratkan…. maka kamera aku tinggalkan sahaja di bilik….. Dan semasa di pintu masuk ke Masjidil Haram juga, ketika itu kamera tidak dibenarkan di bawa masuk… nanti guard Pak Arab akan check seluruh badan kita… Guard2 ini kalau kita lihat memang garang, sebab kebanyakkan mereka ini adalah dari kalangan pahlawan Nabi kita dulu…. Ketegasannye dalam menguruskan sesuatu benda kadang2 tu sukar untuk kita fahami…. dengan badan yang besarnye, berjubah dan berjanggut, memang takutlah kalau tengok…. jadi sebelum kena rampas baik aku simpan….

Dan untuk makluman korang, setiap masjid samada di Madinah atau Mekah, kamera memang di larang…. ambil perhatian ye…. So, di bawah ni adalah aktiviti yang lawatan semasa berada di Mekah…. Dalam 4 hari yang diperuntukkan tu, ada juga beberapa aktiviti yang dijalankan…. tapi melibatkan aktiviti ziarah…. seperti melawat Muzium Keseniaan di mana tempat pameran bahan2 bersejarah tentang Mekah dan barangan Nabi kita…. Time tu kitaorang dapat pergi Muzium sahaja…. Tak dapat pergi tempat membuat kain sarung Ka’abah….

Barangan antara 2 masjid di letakkan di sini…. Masjidil Haram dan Masjid Annabawi…

Di hadapan muzium tersebut…. Biras aku, akak ipar aku, wife aku, Chilabaey’s yang dah botak dan bapa mertua kesayangan aku…. hehehe bodek sikit….

Gambar keadaan Ka’abah pada zaman dahulu….

Pintu Kaabah lama…. pun diletakkan di sini….

Bersama dengan mutawif kitaorang…..

Wife aku di depan satu lagi pintu lama kaabah….

Pagar besi yang mengelilingi Perigi Air Zam-Zam……

Masjidil Haram…. Subhanallah.. akhirnye aku sampai juga…..

Gambar kenagan dengan wife aku…. Time ni waktu untuk shopping sikit2…..

Chilabaey’s yang botak…. hehehe…. tengah pilih ketayap kot time ni….

Pembangunan yang sangat rancak di sekitar Masjidil Haram….. Inilah salah satu tanda2 hampirnye hari kiamat di mana bangunan telah melebihi Masjidil Haram….. Projek di raja Arab…. Hurrmmm….

Yang panjang tulah kawasan di mana kita melakukan saie iaitu berlari2 anak dari Safa ke Marwa….. Dan dipenghujungnye tulah aku akan dicukur dan lepas je cukur keluar dari bangunan tu ada deretan kedai gunting rambut… apalagi masa untuk botak…. 5 Riyal je @ RM5.00….

Keadaan rumah2 orang tempatan di atas bukit2 batu….

Beberapa gambar kenangan…. Di tempat2 bersejarah….

Tempat2 bersejarah yang dikunjungi dan dilawati… akupun dah lupa apa nama tempatnye…. maklumlah dah lama… tapi aku ada catit dalam buku panduan Umrah hari tu… malas nak carilah…

Yang ini adalah aktiviti disekitar Masjidil Haram…… Terdapat pelbagai jenis barangan…. Yang aku hairan diaorang ni harga barang semuanye genap… takde sen2…. Dan minuman kegemaran orang arab ni yang aku perhatikan ketika itu… air tin gas F&N lah, Sprite lah dan paling popular Pepsi… Pak Arab yang tua2 tu, dengan janggutnye minum air tersebut…. korang bayangkan….

Masa mula2 nak masuk Masjidil Haram tu, hati aku berdebar2 dan mata tak berkelip memandang dari luar ke dalam untuk melihat Kiblat kita….. Bila ternampak je Kelibat Hitam dari jauh, hati aku berdengut2 dan hati aku begitu sayu sekali…. air mata mula berlinang tapi aku tahan…. betapa indahnye untuk digambarkan bila pertama kali dapat melihat Ka’abah dengan mata sebenar kita…. sepanjang hidup cuma lihat dari TV dan kat sejadah jer… kali ni melihatnye dengan lebih dekat… Masya-Allah hampir tak berkelip mata aku melihatnye….. Terasa sangat kecil diri ni time tu….. Memang sangat cantik dan indah… sukar untuk digambarkan…

Aku habiskan beberapa hari tu di Mekah dengan melakukan ibadah dengan sebaik mungkin… Aku buat tawaf sunat selepas solat…. Yang paling seronok kalau buat lepas sembahyang Subuh…. Keadaannye sangat berlainan…. Cuma Hajar Aswad sahaja aku takde rezeki… dalam sedepa je lagi untuk sampai, aku telah ditolak keluar… dalam beberapa hari tu aku cuba dan cuba lagi, tapi itulah di namakan tiada rezeki…. Selain itu, aku hampir dapat khatam 1 Al-Quran semasa di sana…. kalau kat rumah entahlah sampai bila pun tak tahu…. Sebab di sini kita tak memikirkan apa2 kerja harian pun, cuma difikiran kita akan melakukan ibadah dengan sebaik mungkin….. Insya-Allah aku akan datang lagi…. samada Umrah ataupun Haji….

Advertisements