Akulah Optimus Prime…. Ada rupa tak…??? Hehehe….

Kali ni cerita hari Khamis minggu lepas….. Macam biasa aku mempunyai jadual yang agak ketat kebelakangan ni…. Urusan kerja dan urusan ibubapa ku…. Kali ni urusan bapa aku… Sampai je tarikh tertentu yang dah disetkan dalam phone aku maka aku akan ke HUKM untuk mengambil ubat2an bapa aku…. Alaaa sambung ubat untuk 2 bulan lagi…. Dah jadi rutin aku sepanjang tahun ni…. Selain itu juga beberapa perkara akan aku lakukan di hospital ini…. check appointment akan datang mak aku, ambil keputusanlah dan macam2 lagi….

Memandangkan tempat yang aku pergi ni adalah sebuah hospital maka aku sarankan untuk diri aku supaya pemakaian topeng hidung dikuatkuasakan serta merta…. Tiada alasan untuk tidak memakainye…. termasuklah family aku….. Tulah yang jadinye di dalam gambar di atas, dah macam Optimus Prime dah…. hehehe…. Memang lemas sikitlah semasa dalam pemakaiannye…. Dari terkena jangkitan baiklah kita bersusah2 sekarang….

Memandangkan Wabak H1N1 tengah berleluasa sekarang ni, sedikit sebanyak agak risau sebenarnye untuk ke tempat2 macam ni…. habis nak buat macamana dah terpaksa datang…. So, mulai hari tu aku akan terus pakai sekiranye ke HUKM…. Hidup Topeng……

Advertisements