Pagi tadi mak aku call aku menyatakan bapa aku dah boleh keluar wad hari ini menurut kata doktorlah…. Dalam pukul 11.00 lebih tadi sekali lagi mak aku call katanye confirm bapa aku boleh balik… reportnye pun dah siap…. Alhamdulillah….. lega hati aku bila dengar macam tu… Aku pun siap2 apa yang patut…. settlekan kerje sikit then terus ke HUKM….. Sampai HUKM pun dah dekar pukul 12 lebih tengahari… Jalan pulak sesak sikit hari ni…. Ada roadblock kat Mont Kiara… Nasib baik tak kena tahan sebab time tu aku pandu laju juga sebab nak mengejar masa….. samapai je kat polis tu terus je dia lambai suruh jalan…. selamat aku, kalau tak dah sure kena saman punya…. Tapi aku laju sebenarnye tadi, kenapa aku tak kena tahan ye…???

Sampai je kat wad, bapa aku masih belum lagi tukar baju, sebab aku dah pesan kat mak aku supaya tunggu sampai aku datang baru boleh tukar… Sebab aku kena uruskan hal pembayaran dan ubat2an sebelum keluar wad… Kali ni duduk wad 3 hari 2 malam dan bayarannye RM530.00 sahaja…. dah jadi rutin aku dah tiap kali bapa aku masuk wad…. dah faham dah selok belok kat HUKM ni…. Bila dah settle semuanye mak aku siapkan bapa aku, akak aku pun ada time tu, so dia tolong mak dan aku macam biasa berborak dengan staff nurse tentang appointment akan datang…. bukan mengorat yer…. harap maklum….

Dalam pukul 12.40 tengahari tadi bertolak dan sampai rumah aku dalam pukul 1.20 petang… Baringkan bapa aku kat katil dalam bilik dan dia cakap “Jangan kacau, aku nak tidur dulu…” Hehehe…. penat sangatlah tu…. Tapi Alhamdulillah, urusan aku hari ini berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah….. Syukur Ke Hadrat Illahi…..