Hari ni aku berbuka puasa dengan kawan2 office aku lama di Jalan Bukit Bintang…… Aku, Bert dan Firdaus…… Selain tu juga untuk berbincang tentang projek terbaru yang akan dilaksanakan tak lama lagi…… Pukul 6.30 petang aku sampai dari Damansara….. Park dekat Jalan Imbi, lepas tu jalan kaki sikit kat kedai mamak kegemaran aku…. Lama tak jumpa diaorang….

Gambar lama di Carl’s Jr. Pavillion KL : Aku dan kanan tulah Bert…

Gambar lama di Menara Kuala Lumpur : Yang kanan tulah Firdaus….

Macam biasalah kalau dah berjumpa tu, macam2 topik lah yang keluar….. Order makan dan minuman….. tak lama tu azan kat TV pun berkumandang…. aku macam biasalah memang rutin kena baca doa punya kalau dengan diaorang ni…. Makan2 sambil borak2 pasal projek, mengumpat pun ada, dahlah tak pergi terawih hari ni….. borak2 lagi….. Dalam pukul 9.00 malam aku dapat SMS yang adik aku Azu yang ditahan wad semalam ditahan dalam wad pengasingan H1N1….. sebab didapati positif buat masa sekarang… Ujian akan dilakukan sekali lagi… Subhanallah…. terperanjat aku…. husband dia pun call aku tak dengar time tu…. Nak pergi malam ni pun bukan boleh masuk…. Mungkin esok aku akan try pergi melawat…. kalau boleh masuklah…. Call mak aku supaya jangan panik…. Dan tak bagi dia ke sana sebab mak aku pun bukan sihat sangat takut nanti dijangkiti pulak…..

Nilah adik aku Azu…. Harap2 semuanye akan beransur pulih…. Insya-Allah…

Aku lepak lagi kat kedai mamak sambil bersembang2 dengan member2 lama…. Atas meja dah dekat 4 gelas air seorang kitaorang order…. haaa kalilah berapa orang…. naik penuh meja….. Yang bestnye, sedar2 dah pukul 1.00 pagi rupanye…. apalagi kelang kabutlah pergi bayar dan balik ke kokun masing2…. Aku balik ke Damansara, Bert balik ke Sentul dan Firdaus balik ke Shah Alam…. mungkin beberapa hari lagi ni akan berjumpa semula untuk berbincang hal projek…. buka puasa lagi sekali kot…. hehehe…. Dekat pukul 2 juga aku sampai rumah….. saje melayan perasaan dan kerisauan di hati……