Hari Khamis (3 September) lalu, pukul 10.30 malam kalau aku tak silap….. Dengar bunyi siren sayup2 jer…. Tapi makin lama makin kuat dan dekat…. Apahal ni…. Kalau siren Polis tak macam tu…. Ni mesti siren Bomba Dan Penyelamat…. So, aku tunggulah kat balcony rumah….. Tengok kat blok berhampiran takde nampak asap pun…. mesti orang terperangkap dalam lift….. Tak lama lepas tu nampaklah jentera Bomba lalu dan pergi kat blok tu….. Nasib baik blok lain kalau blok aku jawabnye semuanye kena turun…. Aku pun membusy body kejap….

Tak lama selepas jentera Bomba tu park, dengar satu lagi siren…. Mak aiii ni kes besar ni…. sampai 2 jentera sekali datang… selalunye taklah sampai 2…. hairan2…. Tapi bila dilihat macam takde apa2 pun kat bangunan tersebut…. Takde pulak orang kelangkabut…. Bomba tu berada kat blok tu adalah dalam setengah jam…. lepas tu satu 1 jentera tu balik dah…. Aku rasalah ini mesti panggilan palsu…. Budak2 kecik punya kerja…. sebab takde apa2 pun yang berlaku malam tu… penat aku tunggu…. Tu yang siap bawa kamera dan lens panjang aku tu tangkap gambar2 ni…. Nasihat dari aku, awasi anak2 anda, adik2 anda atau anda sendiri dari melakukan kerja2 ang tak berfaedah dan menyusahkan orang lain….

Jangan Buat Panggilan Palsu…..
Advertisements