Ingat tak pada minggu lepas, adik aku di masukkan ke dalam wad pengasingan H1N1 di HUKM…. Malam lepas aku menerima perkhabaran tersebut, sampai je kat rumah aku terus bersembahyang Isyak (lepak dengan kawan2 office berbuka puasa kat luarlah katakan…) dan aku terus mengambil Al-Quran untuk aku bacakan Surah Yassin… memohon kepada Allah supaya adik aku dijauhi dari Virus H1N1 tersebut…. Dan supaya dia cepat sembuh…. Hampir setiap waktu aku bacakan Surah tersebut memohon hajat yang jarang aku pinta…

Izzat datang melawat Mak Tamnye di HUKM dengan kakaknye Intan…

Alhamdullillah 4 hari lepas, aku call HUKM bertanyakan tentang adik aku… macamana keadaannye..??? Mula2 tu staff nurse yang sambut kemudian dia pass kat seseorang pulak untuk menerangkannye…. Penerangan telah dibuat yang ujian darah masih lagi dibuat… tetapi masih lagi dalam pengawasan… demam dah takde dan kondisi badan mula stabil…. menunjukkan perkembangan positif…. tapi masih lagi tidak dapat bergerak seperti orang lumpuh… makan pun nurse suapkan…. semua sendi2 lemah… kesian betul aku dengar…. Aku masih lagi belum boleh melawat, sebabnye akupun tak berapa sihat, batuk dan badan masih lemah2… Rupanye yang bercakap dengan aku tu adalah Doktor yang menjaga di wad tersebut… aku tanya samada boleh melawat atau tidak…?? Dia kata boleh tapi bagi mereka yang betul2 sihat… alamak… Bagi mereka yang tidak sihat, lagi2 bagi mereka yang baru menjalani pembedahan seperti mak aku dan bapa aku, dilarang sama sekali untuk masuk ke wad tersebut…. bagi mereka dalam keadaan tidak sihat juga tidak dibenarkan… akulah tu… time bercakap pun aku kejap2 batuk… doktor tu mesti dengar dan satu lagi doktor tu tanya samada aku ni obesiti ke tidak… aku kata memang saya obesiti… pun tidak digalakkan.. mudah mendapat penyakit berjangkit…. pulak dah… aku kena kurus dulu kot baru boleh masuk… hehehe…. hampehh….

Kredit untuk anak buah aku berdua ni… Wakil kami melawat adik aku….

2 hari lepas adik ipar aku call beritahu yang adik aku Azu sekarang ni semakin pulih dan doktor telah mengesahkan yang dia sekarang ni telah pun disahkan negatif dari Virus H1N1… setelah mendapat keputusan darah yang terbaru…. Alhamdulillah syukur… apa yang aku mohon termakbul, mungkin bukan dari permintaan aku, mungkin dari doa mak aku selama ni…. Kemungkinan dalam minggu depan, Insya-Allah adik aku boleh keluar wad…. Itu yang diharapkan… Alhamdullillah….