Setiap tahun, family wife aku akan membuat satu perjumpaan di antara ahli keluarga…. Setiap Subuh hari raya ke-2 kitaorang akan berkumpul…. So, hari raya ke-2 sahaja semua adik beradik dan family wife aku akan balik ke Ipoh untuk majlis tersebut…. bagi aku dah 8 tahun macam ni…. Tujuan majlis ini adalah untuk berbincang tentang kehidupan dan masalah2 yang terdapat dalam keluarga…. sekiranye terdapat sebarang kemusykilan dan masalah yang berlaku, di sinilah masa dan ketikanye kitaorang akan berbincang untuk menyelesaikannye…. banyak juga topik dan isu2 yang akan dibangkit….

Aktiviti2 yang dijalankan dalam majlis ini adalah sembahyang Subuh beramai2, bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat…. Seperti biasa, bapa mertua aku akan melantik kitaorang memegang jawatan masing2…. Bapa mertua aku sebagai Imam, aku sebagai Bilal azan dan qamat, abang ipar aku sebagai pembaca doa selamat dan tahlil dan adik beradik ipar aku yang lain sebagai siak (susun sejadah dan kemas2 rumah lepas habis majlis)….

Lepas selesai semuanye barulah mulanye ucapan dan bapa dan mak mertua aku sempena hari raya ini…. apa yang harus diluahkan, diluahkan…. tentang perasaan dan masalah yang berlaku…. Jaranglah kitaorang ni ada masalah yang berat, yang ringan2 tu biasalah…. Lepas sahaja ucapan dari mereka, diikuti pula giliran adik beradik wife aku…. mengikut turutan…. termasuklah aku juga…. Apa yang terbuku di dada, time nilah diluahkan…..

Aku dan bibik akak ipar aku….. Dah macam DO pulak aku time ni….

Yang ni sesi lain…. Sesi break sekejap sementara ada yang nak buang air….

Selesai semuanye meluahkan perasaan, barulah sesi bermaaf2an dimulakan bagi mereka yang baru balik…. Duit raya lagi….. Yuuuhhuuuuu….

Yang ni sesi penutup, bersarapan beramai2 dengan ahli keluarga…. Biasanye majlis habis dalam pukul 9.00 pagi…. Penutupnye majlis makan…. hehehe… biasalah melayu, acara wajib….. Bila perut dah kenyang, acara seterusnye seperti biasalah…. Tidur time….. tapi aku ditugaskan untuk pergi ke Pasar Besar Ipoh…. beli barangan untuk makan2 malam nanti…. kitaorang setiap tahun akan buat steambot….. lepas Isyak…. Kakitangan ramai, time nilah seronok nak buat kerja…. Tapi ada juga yang mengelat…. Settle untuk Part 1….. Nanti kita sambung Part 2 pulak yer…. Malamnye pula…. Bubye……