Assalamualaikum semua blogger…. Yang pasti ramai blogger yang mulakan kerja semula hari ini… dan yang pastinye juga ramai yang tak sabar nak upload gambar masing2 semasa sambutan hari lembaran tempohari…. Aku pun macam tu juga…. Banyak entry baru untuk diuploadkan, sampai yang mana satu pun tak tahu nak dimulakan…..

Alhamdullillah tahun ini aku dapat beraya agak lama di Ipoh…. dari hari Sabtu yang banyak rintangan hari tu sampailah hari Khamis baru aku balik semula ke Damansara (6 hari)….. Banyak juga aktiviti aku semasa di sana…. Tapi banyak aktiviti menguruskan family di sana….

Bagi mereka yang masih lagi bercuti panjang, Selamat Berhari Raya dengan sepuas2nye…. Dan bagi mereka yang dah mulakan tugas hari ini, Selamat Bertugas dengan hati yang masih beraya lagi…. hehehehe…. Bagi aku dan wife masih lagi bercuti hari ini…. nak ke KLCC kejap dengan anak buah aku Intan…. Wife aku nak shopping lagilah tuh…. Isshh2… perempuan2…

Peace Brother….. Walaupun gigi aku patah di pagi2 raya pukul 4.00 pagi….

Selamat Hari Raya Dan Selamat Bertugas Semula…..