Raya Ke-3, aku, wife dan adik ipar aku EE ditugaskan untuk ke pasar untuk membeli kelengkapan untuk masak hari ini…. Pergi pun bukanlah awal sangat, dah dekat tengahari dah pun…. Tapi kali ini, pasar ramai dah orang start meniaga…. Barulah seronok nak beli barang….. Tujuan utama pergi pasar tu sebab nak beli balik barang2 untuk buat steamboat…. Tapi nak bawak balik Damansara….. Kat sini murah sangat benda2 tersebut…. Jauh berbeza…. Itu yang buat seronok nak membeli tu….

EE tetap bersarapan walaupun dah tengahari….. Tapi lepas tu dia bedal wife aku punya makananlah….

Lepas je pergi pasar, aku bertiga nak singgah kejap bersarapan kononnye… keluar rumah je dah dekat pukul 11.00 pagi…. kat pasar jer dah dekat sejam…. ade ke patut nak cari sarapan, jawabnye makan tengaharilah terus…. Kitaorang singgah kat Oldtown Kopitiam untuk makan tengahari….. dekat pukul 1.30 petang juga kitaorang bertiga kat situ….. lepas je makan terus balik rumah….. mungkin ada lagi aktiviti malam ni, aku sendiri tak tahu lagi…. Ingat nak lepak rumah opahlah malam ni….