Balik jer dari Ipoh hari Khamis tu, aku dah arrangekan satu lagi task untuk mengumpulkan family sebelah aku pulak…. Tujuan sebenar untuk berkumpul dan menyambut hari raya di rumah mak bapa aku di Banting…. Tak seronok pulak kalau tak dapat beraya di Banting…. Memandangkan keadaan bapa aku yang tidak sihat dan susah untuk bergerak tulah menjadi kekangan untuk kami adik beradik berada di Banting untuk menyambut kemeriahan hari raya di sana….. Setelah melihat keadaan dan kesihatan bapa aku, kekuatan dan semangat untuk balik ke Banting itu ada…. maka aku pakat adik beradik aku untuk beraya di Banting dalam sehari dua…. So, hari Jumaat pagi tu akupun bertolaklah ke Banting…. Untuk dapatkan lagi kemeriahan beraya di sana time tu, aku aturkan Majlis Doa Selamat selepas bersolat Maghrib beramai2 serta Tabir Raya sekali… Macam biasalah aku jadi leadernye dan selaku Imam… manakala adik ipar aku jadi Bilal… dan lain2 jadi Siaknye…. tugasan mengemas sejadah…. Dan lepas tu buat BBQ pulak malam tu….

Aku tengah menyalakan arang kayu… kalau harapkan yang lain dari tadi tak nyala2…. entah apa2 teknik dipakai, nyalanye tidak juga…. Selain itu juga tugasan menyediakan kelengkapan membakar dan barang2 untuk BBQ aku akan sediakan dulu…. Susun kat mana nak bakar, dapurnyelah, kipasnyelah dan lain2…

Bila kayu arang dah menyala dan menjadi bara, tugasan membakar aku serahkan pada petugas2 yang lain…. Kali ini ada tambahan ahli… anak buah aku Izzat bawa kawannye seorang Am namanye…. Rajin juga budak tu duduk depan api…. So, yang kaki bakar ada 3 orang…. Aku pulak melayan kawan bapa aku datang beraya…. walaupun badan dah bau asap…. layan tetap layan… ramai pulak yang datang beraya malam tu….

Banyak juga tugas aku malam tu…. Yang ni tugasan yang paling aku suka… Food tester…. samada sedap atau tidak…. Malam tu makanan yang disediakan seperti mee goreng, lemang dan rendang, bbq ayam 2 ekor, bbq lamb dan bbq daging…. dan lain2 makanan lagi….. Bila semua bahan bbq dah habis dipanggang, kitaorang ramai2 lah makan adik beradik….

Satu lagi tugasan sampingan aku malam tu…. Menyelit untuk bergambar bersama… Kiranye macam hantu lilinlah….. bila diaorang bergambar je, mula aku selit menyelit sekali… marah betul diaorang kat aku…. bila lagi nak bergurau…. hehehe….

Sedapkan kalau tengok ayam2 tu…. sedap lagi kalau sampai di tekak…… tapi orang yang membakarnye punyalah azab duduk depan api….

Abaikan insan yang ada terselit didalam gambar2 di atas…. itu hantu lilin sebenarnye…. buat2 sibuk menolong tapi hakikatnye disebaliknye…. hehehehe….

Tahun ni lambat sikit makannye sebab lepas Maghrib baru nak bakar arang… kalau selalunye aku dah sediakan arang sebelum Maghrib lagi, jadi nanti terus je panggang apa yang patut….. Kitaorang selesai majlis makan2 tu dah dekat pukul 12.00 tengah malam…. Sebenarnye ada satu lagi aturcara yang belum selelsai…. iaitu Sessi Bergambar…. aku arrange nak buat pada esoknye (Sabtu)… tapi abang ipar aku pulak kena kerja secara mengejut esok dan terpaksa juga balik malam ni juga… maka terpaksalah buat sessi bergambar tengah malam ni juga…. Selesai sahaja makan2, aku arahkan semua ahli keluarga aku untuk bersiap dan buat apa yang sepatutnya…. Mana yang nak mandi, mandi dulu…. yang rasa malas nak mandi sebab nak bau kambing dipersilakan…. dalam gambar bukan boleh bau pun….

Sebelum tu dah bagi tahu bapa dan mak aku tentang penjadualan semula sessi ni… bapa aku kata boleh, apalagi kenalah siapkan bapa aku pulak…. Sebenarnye sessi photography ini penting sebab tahun ni semua adik beradik aku dapat berkumpul…. kalau tak, ada sahaja masalah yang berlaku….. kejap sorang ni takdelah, kejap yang sorang lagi pulak takde… macam2… termasuklah aku…. Alhamdulillah malam tu ianye berjalan lancar seperti apa yang aku hajatkan… Malam tu riuh rendah rumah mak bapa aku…. Nanti aku ceritakan lagi di Part 2….