Sambungan dari entry Part 2 sebelum ni…. Selepas acara mengenyangkan perut2 yang dah kempis selama sebulan…. Tibalah masanye untuk aku dan family yang lain beraya serta meminta ampun dan maaf secara rasmi pada malam tu….. Yang lain adik beradik aku dah sudah, tinggal aku dengan adik perempuan aku Azu jer belum lagi sebab masing2 beraya di tempat lain dahulu…

Yang ni acara wajib, pemberian duit raya…. duit raya bagi mereka yang belum dapat… anak2 buah aku tak sabar dengan acara ni….

Memohon ampun dan maaf dengan mak aku….

Yang ni anak buah aku Melly yang merengek tak henti2 semasa sessi bergambar….

Makngah dengan anak buah Izzat dan Intan….

Yang inilah gambar kenangan aku dengan mak aku….. Ahli lain belum lagi, perancangan tahun depan… nasihat doktor….

Yang ni pulak gambar kenangan 4 orang adik beradik aku selama ini…. Paling sukar untuk dapat bergambar bersama setakat ini…. akhirnye dapat juga…

Masing2 mengambil tempat untuk snap terakhir sebelum masing membawa diri… balik Damansaralah… Time ni kecoh betul…. macam ramai sangat ahli keluarga…

Akhirnye pukul 1.30 pagi, barulah dapat gambar yang sempurna…. yang paling susah untuk mendapatkan raut wajah Si Melly… budak2 payah nak kontrol… tak tentu arah…. Lepas dari sessi bergambar tu, family akak akupun bersiap untuk balik ke Damansara sebab abang ipar aku kena kerja esok….

Aku ada kejadian misteri berlaku pada malam tu….. Masa tu tengah sibuk2 bergambar, akak aku ternampak lembaga hitam berbadan tinggi berdiri di pagar rumah sebelah… katanyelah…. tapi lepas tu jugalah Si Melly merengek dan nangis tak henti2…. lama betul nak tenteramkan dia…. Tapi time tu akak aku tak bagitahu, lusanye bila kitaorang dah balik ke Damansara baru akak aku bagitahu kisah yang berlaku…. Bagi aku itu perkara biasa bila kita terlampau suka, dan time tu juga mungkin dia jeles sebab tak dapat bergambar bersama atau dia nak tidur tak dapat sebab kitaorang bising2 (nak puasa 6 lah katakan)…. hehehe…… Oklah setakat itu jelah cerita aku tentang raya tahu ni…. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar seperti yang dihajatkan…. Syukur….