Seperti yang telah dijanjikan…. 3 pemenang ‘Chilabey’s Spot‘ tempohari akan aku berikan hadiah yang tak seberapa untuk mereka… Punya takde masa untuk aku menyiapkan sebab banyak sangat benda aku kena settlekan…. Last2 malam kelmarin lepas baru aku sempat membalutnye… Tinggal nak pos sahaja sekarang ni… Pagi tadi aku ke Pejabat Pos Taman Tun Dr Ismail ambil form Pos Laju…. Tadi aku tulis nama dan alamat mereka… Memandangkan benda yang akan aku kirimkan ni fragile, terfikir pulak aku untuk mencari cara untuk tidak pecah….
Merayau pulak semula ke area TTDI tu cari kedai alat tulis…. Beli plastik Bubble semeter dan sampul surat…. Mula2 tu nak beli sampul yang ada plastik bubble, boleh pulak habis kat kedai tu… yang tinggal yang saiz kecik…. tulah sebabnye aku cari alternative lain ni….
So, malam ni aku wrap dan esok Insya-Allah aku akan poskan…. hehehe… maaf lambat…. lambat yang amat sangat…. Minta2 mereka berpuas hati bila dapat walaupun barangnye tak seberapa best pun… Cuma untuk tanda persahabatan antara Blogger…. So, Blogger Jivebumz (pos ke Shah Alam), Blogger Hazzy Ishak (pos ke Bangi) dan Blogger Eja (pos kat Changkat Jering)…. Tunggu………….