Pukul 9.45 malam (Jumaat)Rumah aku diserang oleh 13 orang remaja yang entah mana asal usulnye…. Hampir 1 jam lebih juga mereka menyerang malam tadi…. tapi aku kena tangkis dengan menggunakan psikologi…… Psikologinye adalah menghidangkan makanan untuk mereka…. Baru mereka diam….
Sebenarnye, aku dapat panggilan yang mana ada adik aku Anor bagitahu dia nak datang rumah aku beraya dengan kawan2nye satu kelas…. Memandangkan mak dan bapa aku ada kat sini, so itulah sebabnye mereka datang ke sini… kalau tak pasti mereka ke Banting…. Diorang konvoi beraya ramai2 di rumah masing2….. Rumah aku ni yang ke-3 kot…. sebelum ni diaorang dari Tanjung Malim terus ke rumah aku, lepas ni ke Melawati dan terus ke Melaka pulak…. Esok entah ke mana lagi aku tak tahu….
Yang baju kuning tu Nana…. Dia ni adik penyanyi Izad (..kot) yang menyanyi berduet dengan Misya Omar dalam lagu apa entah…. Yang kanan tu Fiq budak Melaka…. Yang lain aku tak ingat asal usulnye….
Classmate adik aku ni ramai budak lelaki dari perempuan…. Perempuan ada 3 orang jer….
Yang sempat aku buat malam tu, mak aku rebus ketupat dan buat kuah kacang…. satu lagi menu, aku goreng beehoon…. Tak pernah aku masak beehoon untuk 13 orang….. Agak kelang kabut jugalah…. Time nak gaul bagi rata tu yang leceh tu…. Naik lengoh tangan…. Wife aku sediakan air dan lain2 kelengkapan….. Pukul 10.30 malam barulah geng adik aku Anor meneruskan pengembaraan mereka…. Macam “Geng : Pengembaraan Bermula“…. lah pulak….
Nak mengemas balik ni selalunye kerja2 aku sebab aku ada indeks untuk meletakkan barang2 yang telah dikeluarkan…. Kalau tak nanti mulalah susah nak cari dan yang pentingnye takut tak pandai susun, kabinet tak muat… hehehe…. Wife aku kerjanye membasuh apa yang patut…… Macam tulah rutinnye kalau ada tetamu datang…. Itu belum lagi buat open house…. Tahun ni aku nak buat OPEN HOUSE ke tak…..???? Nantilah aku fikirkan dulu……