Semalam (Ahad) kononnye aku dan wife nak berjogginglah sebelah pagi….. Sedar sedar dah pukul 9.00 pagi…. Terbatallah jawabnye… sebab tempat yang aku nak pergi tu agak jauh juga dari rumah aku…. Kat area Kepong…. Adalah dalam 15 minit perjalanan….

Bila dah lambat tu, mulalah malas nak ke mana2 lepas tu…. So, wife aku cadang untuk masak hari ni… selalunye mak aku yang rajin sangat masak…. kali ni turn aku dan wife pulak…. Aku tolong2 macam tu jer…. Selebihnye wife akulah yang buat….. Bila dah masak ni mulalah nampak stok barang dapur apa yang kurang…. Listkan apa yang kena beli, so lepas masak ni nanti aku nak ke Giant Kota Damansara cari barang…. dan apa yang patut….. Selain tu juga belikan barang keperluan harian bapa aku sekali…..

Banyak juga barang yang dibeli…. Tapi banyak yang sampingan dari yang sepatutnye…. Itulah perangai aku…. Pantang ke Giantlah, Tescolah… mesti ada yang dicapainye…. Biasalah perempuan…. Aku ke Giant bertiga, dengan adik ipar aku sekali… senang nak bawa barang nanti sampai kat rumah….. Hehehehe….. Settle kat Giant, satu lagi yang jadi kewajipan aku dengan wife aku untuk menyinggah…. Yeee pastinye kedai donut J-Co….. Macam biasalah sekali beli mesti 2 dozen….

Tengah menunggu giliran nak bayar…. Senyum Ayang senyum….

Mamat kat kaunter tengah buat bill…. Beli satu dozen mahal sikit berbanding dengan beli 2 dozen… Sebab tu aku selalu beli terus 2 dozen….

Yang aku suka dengan donut J-Co ni berbanding dengan Big Apple sebab rasanye yang tak begitu manis…. Sedap untuk dimakan…. Cewah promote lah pulak… Takdelah, itu bergantung dengan tekak korang… untuk aku aku pilih J-Co berbanding Big Apple… Lepas je beli, aku terus balik ke rumah sebab aku ada beli aiskrim 2 bekas…. nanti cairlah pulak…. Padahal alasan tu nak balik cepat malas nak keluar lagi…. hehehehe…. Balik rumah terus kemas barang yang dibeli tadi dan settle jer terus melabuhkan tirai mata untuk seketika…. ayat…. tak hingat…. Itu saje aktiviti aku setakat ni….