Rabu hari tu dalam pukul 3.00 petang, aku ke Jalan Ipoh untuk mengambil gambar2 yang telah siap dicuci untuk projek photography aku tempoh hari di Kompleks Mutiara…. Kononnye nak ambil sebelah tengahari…. Ada beberapa perkara yang aku kena settlekan terlebih dahulu… Rasa macam tak sempat jer hari tu ambil… tapi kena juga pergi sebab aku dah janji dengan kedai frame untuk hantar selewat2nye hari Khamis ni….. Sebab nak frame sebanyak 5 keping gambar… Lagi satu, Sabtu ni dahlah nak Raya Deepavali… so kedai tu dah sure tutup nanti… Terpaksalah juga aku bergegas dari Damansara ke Jalan Ipoh juga hari tu…. Itupun gambar aku baru je siap sebab terlalu ramai orang menghantarnye….

Kereta dengan di SPA…. Bagi mengekalkan kecantikkannye.. hehehe….

Rajin dan amat cermat diaorang basuk sebenarnye….

Balik jer dari Jalan Ipoh, aku terus ke kedai cuci kereta…. Maklumlah sejak kebelakangan ini hari hujan memanjang…. So, kereta jangan cakaplah kekilatannye… Nasib baik orang tak ramai…. jadi kejap jelah kereta dicuci…. Cuci luar dan dalam, baru RM8.00
Settle cuci kereta terus pulak bergegas ke kedai frame gambar untuk hantar gambar yang telah dijanjikan…. Itupun kedai dah nak tutup cuma tunggu aku jer sampai… Frame siap pada hari Jumaat petang…. Diaorang buatkan untuk aku dulu…. Dah hantar semuanye baru lega tugasan aku untuk hari ini….. Pergi ambil wife aku, lepas tu baru balik ke rumah dan sampai jer rumah, terus lompat atas katil meleburkan diri sekejap… Konon sekejap, separuh mati wife aku kejut, langsung tak sedar…. sedar2 dah malam dah….. Penat woooooo…..