Aku terpaksa berhenti dari memblog sekarang ini kerana sampai masa dan ketika untuk aku menguruskan beberapa perkara serius sekarang ini…. Minta maaf terlebih dahulu kerana telah beberapa hari aku tidak mengupdate ‘Chilabaey’s Spot’ seperti biasa….. Komen2 masih belum dijawab, dan aku berterima kasih kepada semua blogger yang rajin menjengah ke blog aku untuk melihat perkembangan semamsa aku setakat ini… Sebenarnye banyak aktiviti yang hendak aku paparkan sepanjang minggu lepas tetapi memandangkan aku dalam keadaan tidak selesa sekarang ini membuatkan aku terpaksa berhenti seketika dari Blogspot…..
Sebab2nye adalah :
1. Bapa aku dimasukkan ke dalam wad HUKM untuk menjalani operation…. sejak 20/10/2009… terpaksa menguruskannye di dalam wad…..
2. Menguruskan adik aku di Sepang bagi Final Projek sebelum tamat diploma…. Kejap2 ke Sepang… kejap2 ke Shah Alam….
3. 2 Projek parttime aku masuk untuk kerja2 grafik….. tempoh nak cepat sahaja…. Pagi ni pun dah kena ke Kuala Langat ada meeting…..
4. Dan yang aku tak boleh sabar ialah, Maxis Broadband lembab dan slow nak mampus, aku yang banyak sabar pun hilang sabar dibuatnye…. Blog langsung tak boleh bukak…. tension giler aku…. sebab tulah aku tak update blog aku sejak 18/10/2009 hari tu…. Dah nak aku campak dah broadband tu ke luar balcony rumah masuk kolam….. Silap2 tukar P1 Wimax pulak lepas ni… tapi coverage takde pulak kat rumah aku ni…. Hampeh…..!!!!!!
Apa2 pun aku mungkin akan kembali memblog bila semuanye dalam keadaan stabil… Diri aku sendiri sekarang ni pun tak berapa sihat dan stabil….. “Ya-Allah berikanlah aku kekuatan dan kesihatan yang sempurna bagi menguruskan segala perkara yang berlaku dan juga licinkanlah segala apa kerja yang aku akan lakukan lepas ini…..” Insya-Allah……