Pagi hari Ahad 18/10/2009 yang lalu, aku telah mengaktifkan semula diri aku dengan aktiviti mengeluarkan peluh yang lama tak keluar…. Keluar jogging dengan wife aku….. Tapi untuk kali ini aku berempat dengan 2 anak buah aku iaitu Intan dan si kecik Melly…..

Pada mulanye kitaorang berempat berjalan sahaja dulu untuk kali ini…. Lepas daripada ni nanti aku akan berjogging dengan betul…. maklumlah bawa si kecik….. Makngah dan Intan dah pergi dulu dah….. Habis budak kecik berjalan, pandang sana, pandang situ…. Tinggal aku dengan Melly berjalan berdua…..

Wife aku bersemangat nak berjogging pagi tu….. Mungkin akan menjadi rutin pagi hujung minggu aku dengan wife….. Bagus juga ada aktiviti fizikal macam ni…. sebab kalau takde aral aku mungkin akan panjat gunung hujung bulan ni…. tempat tak tahu lagi….. Kalau tak selalunye aku akan training 2 minggu sebelum pergi memanjat dengan naik tangga rumah aku setiap hari…. Rumah aku tingkat 10, kira oklah tu……

Si Melly sudah sedia untuk berjogging….. jogging ker….
Aku berempat berjogging di Taman Metropolitan Kepong…. Kawasan yang amat menarik untuk bersukan…. Tasiknye amatlah luas berbanding dengan tasik2 yang ada di Lembah Klang ni….. Siap ada menara pandang, ada jeti, ada kiosk jualan, tandas awam yang amat bersih dan macam2 lagi….. Track jogging yang dijaga dengan baik….. Selain itu juga kita akan lihat senario pemandangan hutan hijau yang dijaga dengan rapi dan bersih….
Jarak perjalanan untuk mengelilingi tasik tersebut aku rasa hampir 5-7 kilometer…. jauh tu…. Keadaan muka buminye yang berbukit memang sesuai dengan rentak semasa berjogging…. Yang bestnye hari tu, aku dahlah bawa si Melly…. Wife aku dengan Intan dah jauh dah….. Tinggallah aku dengan si kecik tu kat belakang…. Aku rasa tak sampai suku perjalanan tu, si Melly dah tak larat dan minta dukung…. alamak pengsan aku lepas ni…. bawak bebanan… dahlah budak tu berat dia 15 kilo dah….. Nak taknak, nak buat macamana dan aku pun memang dah bersedia dah…. mesti dia nak minta dukung punya nanti…. kalau tak aku memang tak bawa Si Melly ke sini….
Maka selebihnye (3/4) Melly aku dukung sampai habis satu pusingan…. Rasa nak pengsan dah rasanye bila sampai tak check point pertama….. Memang betul2 buat senaman stamina aku kali ni…. Peluh jangan cakaplah….. sebotol aku rasa….. Yang bestnye lagi Si Melly siap terlentuk tidur kat bahu aku dalam 15 minit punya perjalanan balik…. letih sangat agaknye…. Pagi2 lagi dah bangun nak ikut kita orang….. Tapi kiranye laju jugalah aku berjalan dengan bebanan dan aku sampai dalam 15 minit lepas tu dan diaorang….. Dalam pukul 10.00 pagi tu kitaorang bersiap balik…… Dan seperti yang aku dah janjikan dengan anak2 buah aku, kita orang lepas tu pergi breakfast kat McDonald Sri Damansara…..

Tengah bawa Melly naik ke atas…. dah minta kebenaran McD tau sebelum naik….. kat atas ada playground, tu lah pasalnye aku bawa Melly naik…..

Suka sangat si kecik ni bila dapat main kat sini….

Dah rasa macam bodyguard pulak aku tengok…..

Sambil2 main tu, aku kenalah suap dia makanan juga….. Main2 juga, makan2 juga….. Wife aku dengan Intan dah tak hingat donia membreakfastkan diri masing2….. Dalam pukul 11.00 pagi tu baru kitaorang balik ke rumah…. Sampai2 jer kat rumah, mak aku cakap aku dah kurus sikit… cehhh… perli ke aper….!!!! Macamana tak kurus, jogging sambil dukung budak….. Nasib baiklah pakngahnye besar, kalau kelengking dah sure masuk tasik tadi….. Hidup Sukan Untuk Negara…..
Advertisements