Minggu ni, hari Ahad aku penuh dengan kepenatan…. Malam semalamnye kan aku baru je pergi ke Majlis Perkahwinan Anak Bekas MB Perak… Dahlah sampai rumah dekat pukul 3.00 pagi… Esoknye pagi2 lagi aku dah bangun untuk ke Shah Alam semula untuk hantar kereta bapa mertua aku ke kedai tayar… sebabnye nak tukar 4 tayar dia…. Lagi pun aku dah janji dengan tokey kedai tu untuk datang hari ni… So, takdelah tertunggu2 sangat bila sampai nanti… Dah sure mesti ramai punya orang kat kedai tukar tayar…

Kedai buka pukul 9.00 pagi, maknanye aku kena gerak dari Damansara dalam pukul 8.00 pagi…. Sampai Shah Alam 8.30 pagi terus ambil kereta dengan bapa mertua dan ke Klang terus… Sampai Klang kedai dah buka dan dah ramai orang dah… Jumpa tokey kedai tu dan dia terus suruh staff dia buat kereta aku dulu…. hehehe….

Lama juga dia orang check kereta tu, satu persatu rim diaorang check sebelum pasang tayar baru… 2 dari 4 rim yang diaorang check bengkok… mesti langgar lubang kuat… so, diaorang cadang untuk betulkan balik…. kasi bulat balik…. Oklah kalau macam tu…. Dah semuanye tayar dipasang, buat allignment pulak…. yang ni yang lama ni… sebab ramai benor yang buatnye…. So, kenalah tunggu giliran…. Dari pukul 9.30 pagi sampailah pukul 1.30 petang baru kereta bapa mertua aku settle sebab ada masalah lain pulak kat kereta ni… chamber larilah… kena pulak tukar skru chamber pulak… dahlah mahal, maklumlah Toyota Camry…. nak buat macamana kereta kenalah jaga… dahlah selalu jalan jauh… Ipoh – KL… Tapi lepas ni dah tak payah nak fikir apa2 lagi aku kata kat bapa mertua aku…. Dia pun seronok je nampak bila kereta dah nak siap….
Settle jer semua tu terus balik Shah Alam semula…. Kat Shah Alam ni rumah kakak ipar aku…. Kat Seksyen 9, belakang Concorde Hotel…. Bapa mertua aku selalu kalau datang KL dia pasti tidur kat sini…. Memandangkan rumah aku ada bapa dan mak aku… so, diaorang tidurlah kat Shah Alam…. Kalau tak selalu juga diaorang datang tidur kat Damansara…. Kononnye nak makan kat Klang, tapi kakak ipar aku kata nanti diaorang nak masak kat rumah, maka tak jadilah… Tu yang terus balik Shah Alam tu….

Sampai jer Shah Alam makan lebih kurang, lepas tu keluar balik dengan wife aku…. Dia nak beli barang untuk office pulak kat Seksyen 2…. Bershopping alatulislah jawabnye kat sana…. lama gak kat Seksyen 2.… Habis banyak barang…..

Tak lama lepas tu, aku dapat call dari kawan aku…. aku kena hantar document kerja kat Subang Jaya pulak hari ni…. nasib baik aku dah memang bawa masuk kereta tadi…. selamat tak payah nak berpatah balik…. kena bagi kat pegawai untuk meeting esok…. apa lagi kelangkabutlah aku bawa kereta….. Dahlah tu, bapa mertua aku nak balik Ipoh pulak pukul 4.30 petang… Macam lipas kudung aku bawa kereta…..



Sampai Subang Jaya terus serah document…. dan aku pun terus gerak balik Shah Alam semula…. Jalan pulak sesak sikit masa masuk ke Shah Alam…. Ada apa entah…. banyak kereta jer…. nak kata ada kemalangan tak nampaklah pulak…. Sampai rumah kakak aku, diaorang dah siap2 barang dah nak balik…. tinggal sikit2 lagi…. selamat….. sebab nak balik awal tu couse bapa mertua aku sekarang ni dah cepat mengantuk kalau bawa kereta… lagi2 kalau dah malam2…. mesti mereban2 dia bawak….
Nak jadikan cerita, lepas jer bapa mertua aku bertolak balik…. dalam 15 minit tu, aku pulak bergerak balik Damansara….. On the way aku nak keluar dari kawasan Seksyen 9, dapat call dari mak mertua aku yang katanye handphone bapa mertua aku tertinggal kat rumah kakak ipar aku….. alamak kena berpatah baliklah jawabnye…. Balik semula ambil phone, terus hantar pulak kat Bukit Jelutung…. Nasib baik tak masuk highway lagi…. Depa tunggu tepi jalan…. Dari nak cepat terus jadi lambat…. Nak buat macamana, masing2 dah tua…. suka terlupa…. kita yang anak2 nilah yang kena ingatkan selalu…. esok time kita, entahlah tak tahulah macamana…. Renung2kanlah…..