Pada 21 Oktober yang lalu… masa ni aku tengah berhenti memblog… Bapa aku menjalani operation di HUKM… Sebab ni lah juga aku berhenti dari memblog selama 11 hari… kerana menguruskannya di HUKM ni…. Sepatutnye operation akan dilakukan pada 22 Oktober tetapi diawalkan sehari memandangkan kondisi bapa aku baik, tidak deman dan menghadapi apa2 masalah lain maka operation tersebut boleh dibuat awal… dan kebetulan juga Operation Theater (OT) ada kekosongan…
Bapa aku dah siap sedia dengan pakaian untuk menjalani operation…. Yang ini adalah pakaian untuk ke bilik OT...

Tengah menunggu bapa aku…. Masuk ke OT dalam pukul 2.30 petang…. Tempat yang sama bapa aku semasa bapa aku menjalani operation yang pertama iaitu buang hempedu…. Kat sini juga mak aku menjalani operation 2 tahun lepas…. Dan perasaan yang sama juga bagi aku semasa menunggu bapa aku menjalani pembedahan…. Menurut doktor semalamnye, operation ini mengambil masa selama 1 hingga 1 jam setengah….
Itu bergantung keadaan pesakit semasa sessi operation itu dijalankan… Jam dah tunjuk pukul 4.30 petang… kenapa tak keluar lagi ni…. ada masalah ke, macam2 yang bermain dalam fikiran time tu…. sabar2…. berfikir secara rasional… Memang risau betul time tu….. Kejap2 intai depan pintu dewan bedah… kejap2 pergi lagi…. Seorang demi seorang pesakit dah dibawa keluar… tapi bapa aku masih lagi tak nampak2….. Risau siut….

Dalam pukul 5.30 petang baru bapa aku di bawa keluar…. Alhamdulillah…. Syukur…. bapa aku pun masa tu dah dalam keadaan sedar…. Tapi khayal…. sebab ubat tidur masih lagi ada…. Menurut doktor sebab lambat adalah untuk beri bapa aku sedar sepenuhnye dahulu… dan juga untuk jaga tekanan darah dan pelbagai lagi…. Tak kisahlah janji ianya berbaloi untuk aku tunggu tadi….

Kitaorang pun beramai2 mengiringi bapa aku ke wad semula…. Sempat juga aku bergurau dengan bapa aku semasa dalam lift….. sekejap2 dia lelap kejap…. mengantuk masih ada lagi….


Sampai di wad, tukar baju…. lepas tu bapa aku terus tidur balik…. Kesian aku tengok bapa aku time tu…. Air muka dia menunjukkan kepenatan yang amat sangat…. Mungkin menahan kesakitan selama ini…. Tapi aku bersyukur ke Hadrat Illahi kerana melicinkan perjalanan operation tersebut tanpa sebarang konflik….

Pukul 6.00 petang macam biasa pekerja catering akan hantar makanan malam untuk setiap pesakit….. Kalau tengok almari yang dibawanye dah macam dalam kapal terbang cuma yang ini lebih besar…. Lauk yang disajikan selalunye memang sedap….. dan pelbagai variasi menu makanan….

Sebelum meninggalkan bapa dan mak aku petang tu, aku buat sediakan keperluan makan malam mak aku dahulu…. sementara kakak aku masih ada lagi kat wad, so aku lari kejap belikan makanan untuk mak aku…. makanan bapa aku pun aku belikan sekali sebab makanan hospital tadi masih belum dijamah…. sebab bapa aku masih tidur….. Stanby siap2 takut2 makanan tadi basi…. Dekat pukul 8.00 malam juga baru aku balik meninggalkan mak dan bapa aku di wad…. Syukur Alhamdulillah semuanye telah selamat…..