Sejak 11 hari aku berhenti memblog tempohari…. Aku banyak habiskan masa2 aku menguruskan bapa aku… Bapa aku akan menjalani satu operation prostat pada 22 Oktober 2009 seperti yang telah diappointmentkan… So, 20 Oktober 2009 tu bapa aku akan dimasukkan ke dalam wad dahulu seperti biasa…. Macam biasalah, beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum diberikan katil untuk bapa aku…. turun naik tingkat di dalam HUKM ni dah menjadi taman permainan aku….

Dah settle semua perkara wajib, barulah dapat katil mana…. kali ini Katil 11, Surgeri 3 (Urologi)…. Beberapa document prosiding kemasukan wad dah ditandatangani…. Petang tu doktor buat check up kat bapa aku…. Yang bestnye doktor bius pun sampai…. Aikkk awalnye sampai… sepatutnya esok atau lusa baru dia datang….. nasib baik aku tak balik lagi….

Menurut doktor bapa aku, operation kemungkinan besar akan dijalankan esok pagi…. mak aii awalnye… patutlah doktor bius pun ada sekali…. rupanya diaorang dah buat penjadualan baru rupanye…. dan kebetulan Operation Theater (OT) ada kekosongan…. Setelah mendengar penerangan dan penjelasan terperinci mengenai kaedah dan cara operation tersebut akan dijalankan…. maka satu borang akan diisi dan ditandatangan untuk persetujuan operation tersebut… macam biasalah Borang Kuning dah pun ditandatangani oleh aku….

Sebelum tu, doktor bius pula menerangkan kaedah yang dijalankan…. Bapa aku akan dibius seperuh badan dari pinggang hingga ke kaki…. caranye jarum suntikan bius akan dicucuk di bahagian tulang belakang bapa aku…. dan mana separuh lagi badan dari pinggang ke atas akan diberikan ubat tidur…. ini memandangkan peringkat umur pesakit…. Sekiranye dibius satu badan, kebarangkalian untuk bapa aku sedar semula amat tipis… boleh dikatakan 50/50 jer nyawa…. Itu yang aku risaukan tu…. Macam operation yang lepas, bius satu badan, untuk sedar mengambilmasa yang lama untuk bapa aku sedar dan bernafas secara sendiri…. 4 ke 5 jam juga hari tu…. bergantung kepada Allah jer dahulu…. Uiiihhh tak sanggup aku nak menghadapinye lagi…. Tapi kali ini, cara agak berbeza…. lega sikit hati…..

Nilah meneman yang amat setia… Tak kira masa dan ketika sentiasa berada di samping bapaaku… Itulah mak aku…. Tak pernah berenggang sejak kahwin...

Adik aku pun sampai petang tu dari Sepang…. Naik komuter terus ke Stesen Taman Tasik Selatan dan naik cab terus ke HUKM…. Rajin betul… Maklumlah bapa nak kena operate….. Lepas ni ikut aku balik rumah….. Lepas je Borang Kuning ditandatangani, adik-beradik aku yang lain pun aku maklumkan…. Itupun bergantung dengan keadaan bapa aku malam tu, kalau dia demam maka operation akan ditangguhkan….
Sebelum balik tuaku macam biasalah akan menyediakan keperluan bapa dan mak aku… batu lepas tu aku balik… itu pun aku balik lepas Maghrib….. Penat juga aku hari tu, dari pagi sampailah malam baru boleh rehat…. Kejap2 call mak aku, kejap2 call lagi… Tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu…. Insya-Allah semuanya akan bertambah baik….