Dah jadi rutin minggu aku sekarang, samada hari Sabtu atau Ahad aku akan berjogging dengan wife aku…. Nak bagi ringan sikit badan…. Badan macam tu juga, tapi yang penting terasa badan tu ringan…. Tempat macam biasa di Taman Metropolitan Kepong….


Kali ni aku pergi bertiga dengan anak buah aku Intan…. Macam biasalah diaorang tu berjalan jer….. macam aku, aku suka berlari lagi…. tapi taklah sepenuhnye…. penat jer mula berjalan sajo…. lepas tu sambung balik berlari….. kalau part kawasan berbukit aku suka berlari lagi dari berjalan….. orang lain lantaklah…. Kat kawasan ni, dia ada jalan2 shortcut… kali ni aku ikut bukan shortcutso jauh sikit…. wife aku dengan Intan mengelat ikut jalan lain…. tahu2 jer ehhh2 dah sampai dari aku….

Time baru mula perjalanan sebenarnye….. Intan memang suka snap gambar dari belakang….


Baru setengah perjalanan, dah sibuk nak bergambar…. bagus juga boleh aku buat entry…. Intan punya kerjalah…. Time ni dah dekat pukul 10.00 pagi…. So, matahari dah start terbit…. ambik engko panas…. aku dah biasa berpanas… diaorang nilah…. Nasiblah korang sebab apa bersiap lambat…. Yang si Intan mencurah2 peluhnye…. Aku steady lagi…. Hehehe…. Padahal sama jer…. Itulah dinamakan psikologi untuk diaorang…. jadi adalah semangat sikit untuk depa…..

Wife aku ambil angin dengan Intan…. Yang aku masih lagi meneruskan aktiviti aku…. Kat sini ada menara pandang yang berketinggian 10 tingkat bangunan…. Aku ajak diaorang, semuanye taknak… penat… alaaaaa baru sikit dah penat…. Aku sorang jer naik…. tenaga masih ada…. dan satu latihan untuk kaki sebelum mendaki gunung nanti…..

Pemandangan menara pandang di taman ni…. Memang tinggi…..




Dah sampai dah….. Yang penting semasa memanjat ni adalah pernafasan kita sebenarye…. Kita tak boleh gunakan udara sepenuhnya….. nanti pancit…. jadi kawalan pernafasan itu penting….

Tinggi tak… Bila masa Intan snap gambar aku pun, aku tak sedar…...


Siap zoom in lagi….. Bagus betul budak ni…. Jadi photographer aku kali ni….

Sepanjang aku berjogging ni, hari ni banyak betul ikan mati…. kalau ikutkan baru mati ni…. Ikannye pulak jenis yang susah nak dapat pulak tu… Ikan Belida…. Sayang tengok ikan tu terapung dalam tasik…. rasanye dekat 5 ekor yang mati… besar2 pulak tu….. Aku rasa ada orang Tuba lah ikan2 ni…. atau ikan tu mati beragan…. kekasih cabut lari…. ajak jogging tak nak…. Hehehe…

Chilabaey’s dengan anak buah… muka aku naik merah padam lepas berjogging, lepas tu terus tangkap gambar...


Makngah dengan anak buahnye yang dah berehat lebih…..


Tengah meregangkan betis yang dah mula nak keras…. Habis takde warming up terus jogging jer… nasib baik tak kejang…..



Yang aku ambil angin kejap sambil tengok ikan dalam kolam…. Otak tu sebenarnye lain kerjanye…. Kalau dapat memancing kat sini, best ni…. Nanti aku nak ajak anak buah aku Izzat pergi memancing pulak…. Ramai juga orang yang memancing kat sini sebenarnye….

Mengakhirkan jogging kali ini dengan posing dari atlit sukan yang dah pencen lama…. Barulah sekarang sibuk nak bersukan semula…. Konon….tapi rasanya akan jadi rutin mingguan aku lepas ni…. dah banyak kali juga aku datang kat sini berjogging…… Oklah selamat bersukan bagi mereka yang baru memulakannye…. Majulah Sukan Untuk Diri Kita Sendiri….