Hari ke-3 (22 Oktober 2009)…. Bapa aku agak lemah hari ni… Maklumlah semalam baru menjalani operation…. Bius kat badan pun tak habis lagi… Ubat tidur pun tak hilang lagi…. Mestilah lemah…. Tapi dijangka boleh balik pada hari Jumaat…. Kalau kondisi bapa aku dalam keadaan baik… Caranye check dari urine yang keluar dari badan…. samada masih berdarah lagi atau tidak…. Setakat hari ke-3 kat HUKM, masih ada lagi tanda2 darah masih berada dalam pundi…. Takpelah asalkan ianya baik…. Tiub urine still pakai selama seminggu dan lepas ni, kena masuk balik ke wad untuk test samada bapa aku boleh buang air kecil secara normal atau tidak… diaorang panggil sebagai TOV (Trial Of Void)….

Mak aku tengah sibuk membetulkan sweaternye… maklumlah wad ni memang sejuk kalau sebelah malam….


Petang tu wife aku pun ikut sekali ke HUKM untuk melawat bapa aku…. Seperti biasa aku akan pastikan keperluan makanan mak aku dan bapa aku ada…. lepas tu baru aku boleh balik…. hari mak aku kata bapa aku kurang makan, tak selera katanye… walaupun lauk HUKM tu sedap… Tapi selalunye tak berapa sedap pun….

Nampak tak urine bag bapa aku masih lagi ada darah…. Aku sebenarnye ngeri nak tengok… sebab aku ni jenis tak tahan tengok darah yang banyak… mulalah rasa macam nak pitam….. Kalau ikutkan ada satu lagi tiub yang keluar dari bahagian perut bapa aku… tadi mak aku kata doktor dah cabutkan…. tinggal satu jer lagi….. ok… so far so good….
Dekat pukul 8.00 malam juga aku baru balik dari HUKM dengan wife aku…. Harap2 bapa aku tak demam dan dalam kondisi yang baik esoknye….. Insya-Allah……