Setelah appointment baru aku dapat, maka pagi2 lagi aku dah keluar untuk membawa bapa aku ke HUKM untuk menjalani latihan fisioterapi…. Dah syarat dia kena datang 15 minit awal…. kena pulak register dahulu kat bilik lain dan kena tunggu nama dipanggil oleh staff nurse…. Lain sikit prosiding Unit Fisioterapi ni…. Benda baru untuk aku, lepas ni sure dah faham dah….

Ramai juga orang menunggu seawal pagi ni…. Tapi mereka2 ni appointment dengan doktor2 lain… Dalam pukul 8.15 pagi staff nurse panggil nama bapa aku…. Aku pulak yang excited nak masuk unit tersebut…


Time ni bapa aku tengah menunggu di luar sementara nama dipanggil….

Beginilah keadaannye di dalam bilik terapi tu…. Pelbagai alatan senaman untuk pesakit ada kat dalam ni…. seronok juga tengok…

Pelbagai senaman yang diajar bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan….

Bapa aku sedang menjalani senaman kaki bagi menguatkan semula otot yang telah kendur….. Yang pentingnye kaedah yang diajar…. cara tersebut akan dipraktikkan di rumah nanti…. Time ni bapa aku memang rajin sebab doktor ada….


Bapa aku sebenarnye dalam kepenatan… dah lama tak buat senaman secara intensive….. Dari latihan tangan hinggalah ke kaki… dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari…. Kaedah yang diajar amat berguna untuk aku dan mak aku bantu bapa aku untuk bangun….. Beberapa perkara juga diajar kepada aku dan mak aku, bagaimana untuk membantu bapa aku menjalani kehidupan seharian dari aspek senaman ringan…. Banyak juga kaedah terbaru yang diajar….
Sekarang ni bergantung juga kepada semangat bapa aku untuk membuat senaman harian…. Kalau malas jawabnye lambatlah nak baik…. Itulah yang selalu aku cakapkan kat bapa aku…. Psikologi amat penting dalam menguruskan bapa aku…. itu yang susah sebenarnye…. tak siapa yang tahu…. Untuk hari ini dah selesai dan appointment akan datang adalah pada 17 November 2009.… Syukur semuanye dalam keadaan yang diinginkan…. Alhamdulillah….