Hari Ahad pun ada meeting….. Itulah kerja aku sebenarnye…. Sekali lagi aku ke Majlis Daerah Kuala Langat untuk membincangkan projek pemetaan Daerah Kuala Langat…. Kali ni aku pergi bertiga… Firdaus dan Nain….. Kitaorang bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10.30 pagi…. Sebab dah janji dengan pegawai tu kat sana…. dari Shah Alam ke Banting takdelah jauh sangat….

Mamat ni bawa Triton dia punyalah laju… naik pening aku kat belakang….. Dalam pukul 12.00 tengahari tu dah sampai kat Banting…. lepas tu kena pulak cari pegawai tu kat kawasan2 yang di sebutkan sebab MDKL ada majlis gotong royong kat kawasan2 perumahan secara bergerak….. Pulak dah…. Akhirnye dalam pukul 1.00 petang baru dapat jumpa…..

Lama juga kitaorang berbincang pasal projek tu…. Tentang apa yang diperlukan oleh Majlis dan juga maklumat apa yang akan aku perlukan…. Sebab bab grafik aku akan uruskan….. yang lain2 tu bahagian masing2….. Kalau tengok gambar di atas aku dalam kepenatan dan kepeningan sebenarnye….

Partner aku seorang sedang kusyuk membetulkan format pelan yang telah diabuat….. Time ni dah balik dari Banting dah…. nak buat kerja2 printing…. Mamat kat atas ni member aku yang suka panjat gunung tu… Bert namanye….

Settle semuanye petang tu, kitaorang lepak kat Restoran Ani Sup Utara, Seksyen 9, Shah Alam…. Pekena sup panas dengan bubur nasi… pehhh senangnye hati…. Dalam pukul 7.00 petang baru aku bertolak balik ke Damansara…. Adui penatnye hari Ahad aku kali ni…..