Latihan Intensive pulak untuk wife aku…. Macam biasa aku dengan wife aku akan ke Taman Metropolitan Kepong untuk berjogging…. Aktiviti ni aku akan jadualkan setiap hujung minggu kalau cuaca mengizinkan…. Kalau aku pergi bertiga dengan anak buah aku Intan…. Wife aku a.k.a Makngahnye akan berikan tekanan kat dia untuk lebih bersemangat dan kuat semasa berjogging….

Rupanye bila dengan aku, aku pulak yang tekan dia supaya lebih bersemangat dan naikkan kekuatan dalam badan semasa berjogging…. Pulak dah aku ingatkan aku yang lembik…. tapi sebaliknye… Wife aku ni bukannye ahli sukan semasa di sekolah dahulu…. setakat sikit2 jer…. macam aku dulu memang kuat bersukan… Dari bola balingnye, bola sepaknye, rejam lembing, lontar peluru, softball, bowling dan beberapa lagi sukan yang aku wakil sehingga peringkat daerah….
Macam merejam lembing aku dapat wakil kebangsaan tapi aku tolak sebab nak exam….. sayang rasanye…. bukan senang nak dapat peluang macam tu….. Sekarang ni sukan aku cuma merejam bola bowling jer…. dan baru2 ni kuat berjogging….. kena kuat semangat lagi ni untuk bersukan….. masuk gim lah pulak lepas ni, nak bagi badan berketak2…. sekarang berketul2 jer….