Apa yang terjadi dengan kepala aku tu….???

Sebenarnye aku potong rambut tempohari sebab dah tebal sangat… lama sangat tak potong sebab sibuk menguruskan bapa aku dan family… selain tu sibuk dengan kerja2 part time aku…. Mula2 tu aku kata kat mamak potong rambut cuma pendek sikit… sedar2 rambut aku dah nampak macam komandor dah….. aku diam jelah… malas nak cakap…. nak marah pun susah juga, bukan faham sangat Bahasa Malaysia…..

Balik rumah dalam hati yang marah, mandi dan basuh rambut….. Last2 sedap juga buat rambut macam ni…. ringan giler kepala….. tapi dah macam komandorlah pulak….. takpelah stail barulah sikit…. inilah rambut aku paling pendek pernah aku buat…. sebelum ni pun sebab aku pergi Umrah tempohari….


Esoknye aku ada meeting pulak dengan Pegawai Perancang Bandar di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Banting….. Pagi2 lagi aku dah bertolak ke Banting…. Sepatutnye aku dengan seorang lagi member aku…. last2 tu dia ada hal lain pulak…. Ok juga sebab lepas meeting tu aku boleh balik singgah rumah mak bapa aku kejap… dekat sangat dengan tempat meeting aku ni…

Macam nilah keadaan pejabat Majlis Daerah berbanding dengan Majlis Perbandaran kalau nak di compare kan…. Sempoi jer… sebab peruntukkannye ciput maka sempoi jerlah office nye….. Dalam pukul 10.00 pagi start meeting dan habis dalam pukul 11.30 pagi…. banyaklah perkara yang diperbincangkan…. Lepas tu je aku lari balik ke rumah mak aku….. rehat sekejap, kemas apa yang patut…. kutip surat2 dan bill….. dalam pukul 1.30 petang baru aku bertolak balik Damansara…. Settle satu kerja…. Esok apa lagi yer……