Waktu aku menulis entry ni jam menunjukkan pukul 4.36 pagi…. Mata tak boleh tidur lagi sebab aku rasa aku kena sakat dengan ‘h***u’ a.k.a hampeh kejap tadi sekitar pukul 4.15 pagi…. Aku macam biasa memang lewat tidur kalau dah tidur sekejap petang tadi…. So, layanlah youtube.com kejap tengok video upload seorang blogger aku ni….
Tengah2 layan youtube tu, dengar orang ketuk pintu depan rumah aku…. Laju jer lah aku ke depan pintu intai siapa yang ketuk…. Sebab anak buah aku Intan kata nak datang tidur rumah aku malam ni… tapi tak sampai2… rasanye tak jadi kot….. Intai punya intai, hampeh takde orang…. bunyi orang berjalan kat kawasan koridor pun takde… tapi bunyi dia memang jelas seperti biasa alau ada orang datang bertandang kat rumah aku…. Berderau juga jantung… tapi aku macam biasa round2lah kat dalam rumah, intai2 apa yang patut….
Kebetulan minggu ni aku dengan wife jer kat rumah sebab mak dengan bapa aku dah balik kat kampung…. nak berehat kat rumah sendirilah pulak sebab dah lama sangat tinggal kat rumah aku… sejak bapa aku sakit tempohari… dia nak bagi aku rehat pulak dari menjaga mereka… So, tinggallah seperti biasa berdua semula….
Lepas tu tiba2 dalam 3 minit sekali lagi pintu aku diketuk lagi, kebetulan aku dekat dengan pintu tersebut dengan pantas aku terus intai kat pintu…. still takde orang….!!!! Kurang ajar betul… menyakat aku rupanye dia….!!!! Lama aku intai kalau2 ada orang saje nak menyakat aku….. Hampeh memang takde…. Tenangkan fikiran terus aku buat entry ni…. Ingat kejap lagi nak tidur dah…. Meremang bulu roma aku tadi….. Hampeh punya hantu……!!!!!