Alhamdulillah setelah 3 hari aku mengharung kesakitan, petang semalam beransur pulih… Macam biasa aku akan pickup wife aku kat office, lepas tu aku ke Kota Damansara sekejap untuk ambil barang wife kawan aku…. On the way balik dari Kota Damansara tu terlintas pulak untuk tengok wayang movie Twilight:New Moon…. Tapi pasti susah nak dapat tiket ni sebab esok baru ditayangkan… Malam ni dah sure ramai orang tengok premier…. Malaslah nak singgah beli tiket…. Mungkin minggu depanlah aku tonton… itulah yang aku kata kat wife aku….

Bangunan Cinelasure dah aku lalu dah…. kononnye nak balik terus ke rumahlah time tu… Sampai simpang ke Damansara Perdana tiba2 je aku melencongkan kereta ke arah simpang Mutiara Damansara….. Hehehehe… Aku kata kita cubalah tengok tiket kalau2 ada…. untuk esok… Masa naik ke Cathay Cineplexs tengok2 orang tak ramai sangat…. Ini sudah bagus, tengok kat skrin atas counter ada tajuk Twilight:New Moon… apa lagi terus ke counter dan tanyakan untuk esok ada tak dan pastinye ada…. Cantik…. Tak lengah lagi aku beli tiket tu…. Untuk 2 orang…. Masa pukul 11.00 pagi…..

Lepas tu tanya pulak movie 2012, pun banyak kerusi kosong lagi untuk esok…. aku pun beli terus untuk 2 orang lagi… lama aku tak buat kerja macam ni…. untuk movie ni pulak pukul 2.40 petang…. mahu tidur kat dalam panggung ni….


Maklumlah esok wife aku pun ambil cuti, maka ini aktiviti yang dah lama aku tak lakukan… dulu masa belajar dulu rajinlah ke panggung wayang…. Macam sekarang malas amat sangat kecuali ada movie yang betul2 best je aku pergi…. Sebenarnye pagi ni aku banyak program dan hal yang perlu disettlekan… pagi2 lagi dah keluar dah… Pukul 5.00 petang pun ada lagi hal dan mungkin lepas Maghrib baru balik rumah… Mintak2 sakit aku beransur pulih…. Kalau tak larat nanti mahu aku tak balik raya jawabnye…. Sebelum lupa aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua followers dan silent reader aku yang selama ini rajin menjengah blog aku yang tak best ni…. Dengan ucapan Jangan lupa pulak nak update blog masing2 dengan gambar2 yang menarik yer…. Selamat Hari Raya Aidil Adha….