Malam semalam, dalam pukul 8.30 malam…. Mak aku call bagitahu yang bapa aku sakit…. Dia tak dapat nak buang air kecil dan perut dah kembung…. Aku suruh mak aku tuam dulu dengan air panas mengikut kaedah doktor tempohari…. Dalam pukul 9.00 malam lebih kurang mak aku call balik bagitahu masih belum buang air kecil lagi…. Aku dah panik dah…. Baru aku bagitahu mak aku yang aku tak boleh nak balik sebab dah 2 hari aku baring tak pergi ke mana-mana…. aku tengah sakit tulang pinggang, tak boleh berdiri tegak….. berdiri sahaja pinggang aku akan terasa seperti dicucuk dengan besi tajam….
Kalau aku balik ke Banting confirm aku takleh nak baut apa2 pun…. mengangkat langsung tak boleh dan tak dibenarkan oleh doktorlah…. Try juga angkat barang yang berat sikit, terus tumbang pinggang mencucuk semula…. Tuhan sahaja yang tahu…. Cara nak menghilangkannye adalah dengan baring lurus atas lantai dan makan ubat tahan sakit dan juga ubat muscle relaxant…. Kalau dah makan ubat tu confirm tidurlah jawabnye…. Aku suruh mak aku bagitahu adik beradik aku yang lain pulak untuk uruskan bapa aku….. Yang aku lepas je letak phone terus lelap dalam hati yang tak tenteram…. Sedar2 dah pukul 7.00 pagi…. Apa cerita bapa aku, kelang kabut aku call mak aku….
Alhamdulillah bapa aku ok dah sekarang, tapi terpaksa guna urine bag semula untuk sementara…. Doktor bagitahu mak aku yang bapa aku air kencing kotor sebab kurang minum air…. Itu yang ada jangkitan tu, menyebabkan salur kencing tersumbat…. Adui… macam2 hal sekarang ni….. Bila ditanyakan siapa yang balik malam tadi, sungguh aku tak sangka, seorang pun tak balik walhal dah bagitahu….. habis siapa yang hantar abah ke hospital, mak aku kata ambulans datang ambil, itupun sebab ada jiran kerja kat hospital…. balik pun ambulans yang hantar…. Subhanallah, malunye aku bila fikir balik…
Itulah punca aku amat2 kecewa sekarang ni dan sangat2 tension dengan diaorang ni…. Bila aku cakap banyak, masing2 pandai pulak nak merajuklah, marahlah, suruh jaga katalah, itulah, inilah… Tapi cakap je pandai tapi tanpa apa2 tindakan, useless lah air liur…. Bullshitlah…..
Kalau mak bapa aku kat rumah aku, aku akan bertanggungjawab 100% untuk aku uruskan mereka…. Tapi bila diaorang dah ada kat kampung, masing2 kenalah ambil sikit tanggungjawab tu dari aku…. Bukan suruh ambil 100% pun, aku kalau boleh taknak bagi pun kat diaorang, biar aku sendiri yang uruskan…. Malas nak dengar esok2 ungkit mengungkit….. Tapi bila keadaan tak mengizinkan dan adanye kekangan untuk aku, tolonglah bantu…. Pinggang ni pun lambat sangat nak baik….. Tension….. Tension…..!!!!!!!