Assalamualaikum kepada semua follower blog Chilabaey’s Spot…. Aku kembali semula…. Sejak Hari Raya Haji tempohari, perjalanan kehidupan aku tak berapa bagus…. banyak perkara yang aku kena selesaikan dan tangani dengan secara rasional…. banyak perkara yang aku dengar sejak hari raya hari tu…. hal family aku yang amat sangat besar tu (besarlah sangat)…. ada yang berumur pun macam pemikiran budak2…. budak2 pulak yang lebih berakal….. macam takde keluarga pulak rasanye…. ada ker, takde ker…. setakat ni aku rasa sama jer macam takde, sebab aku tak pernah pun bergantung pada sesiapa…. sikitpun takde rasa terdetik dan terkilan…. urusan keluarga tetap akan diteruskan…. family aku kan sangat besar (besar ke)….
Itulah masalah aku yang sentiasa berada dalam kotak fikiran…. sentiasa berputar dan merancang tentang apa yang terbaik untuk keluarga selagi kudrat aku masih ada…. selagi kesihatan aku mengizinkan…. aku taknak abaikan kedua ibubapa aku selagi aku masih bernafas…. Apa yang aku semai sejak aku kenal diri aku ini, ianya masih bercambah malah masih mengeluarkan tunas2 yang boleh digunakan…. Apabila tiba masanye, sebatang pokok tu tidak bernyawa lagi, apa yang akan terjadi nanti sekiranye tiada perancangan sejak azali…. Itulah yang sentiasa bermain2 di dalam fikiran aku sekarang ni…. Alhamdulillah bagi diri aku, aku dah bersedia dan aku dah ada perancangan untuk mereka…. bagi orang lain aku tak tahulah, mungkin tak pernah terfikir untuk menatang sesuatu tanggungjawab, mungkin mereka ada alasan…. yang aku ada…!!! Sampai bilalah otak dan hati aku boleh berehat dengan sepenuhnye, pasti tiada jawapan lagi setakat ni…. belum nampak lagi apa yang aku harapkan…. Hurmmmm….
“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesihatan sepenuhnye dalam mengharungi segala kekangan dan permudahkanlah aku menjalankan tanggungjawabku terhadap family sampai bila2…”
Tapi apa2 pun, aku dah kembali memblog semula…. Nasib baik ada aku ada blog yang boleh untuk aku meluahkan perasaan yang berbuku di hati…. Thanks kepada follower aku yang sentiasa memberikan sokongan dan moral, yang dapat dikongsi bersama…. Terima kasih sekali lagi…. Now i’m back….