Lama sungguh kau tak makan ubi rebus…. Kadang2 tu nampak juga kat Damansara, tapi tak tersinggah2…. Kiranye Ahad lepas, dapat juga merasakannye…. itu pun kebetulan adik aku Anor kata dia teringin nak makan…. Kesianlah pulak rasanye…. Oklah abangnye belanja memandangkan engko dah Lulus dengan cemerlang (Anugerah Dekan) dalam mendapatkan Diploma UiTM dalam bidang Senilukis dan Senireka (Grafik) baru2 ni…. Sekejap jer dah habis 3 tahun dan dapat dah diploma…. Alhamdulillah…. Tak sia2 aku dan mak aku uruskannye sejak masuk….. Itu jer abang dia belanja…??? Dapat diploma, dapat ubi kayu jer…. hehehe…. adalah nanti…. makan2 ker, belanja beli barang yang dia nak ker… tapi tunggulah aku dapat payment dulu…. hehehe…. Tunggu yer….

Ubi kayu yang baru dicampak ke dalam periuk…. Aku beli 3 kilo tadi… tu baru sikit… ada lagi yang belum dikopek…. Simpan sikit… Nanti dah habis yang ni, baru rebus baru….. Barulah fresh….

Nampak tak ubi kayu tadi dah masak…. Nampak kuning dah dan lembut….. Tak sabar nak makan ni…. Cara makan dalam rumah aku ni pelbagai…. Kalau aku suka makan macam tu jer, kadang2 tu cicah dengan sambal belacan… yang ni cara mak aku… wife aku suka makan dengan kelapa parut gula dan kalau bapa aku pulak makan dengan madu lebah…. Ada satu lagi cara dengan memasaknye dengan sambal…. tak ingat dah rasanye macam mana…. yang aku tahu ada jintan manis, biji sawi, daun kari dan lain2 bahan…. Nanti kalau mak aku buat aku, aku cerita dalam blog aku ni….

Haaaa nilah dia Chef Anor dan Chef Azu yang aku katakan…. Chef ubi kayu… Bukan diaorang yang masak tapi Chef Iena (wife aku) yang buat…. Diaorang ni chef makan jer…. Lepas tu dah tahu pedas dibalunnye juga lagi…. lepas tu dah macam2 rupa dibuatnye untuk menahan pedas…. Padan muka korang…. tak cukup dengan sambal belacan, sambal kering ikan bilis mak aku pun dicicahnye…. Kalau tak ke tandas lepas ni tak tahulah….

Naik panjang muncung masing2 menahan pedas…. Boleh diikat dengan getah….. Kalau aku untuk hilangkan pedas cepat aku minum air suam…. Confirm hilang tapi berhati2 lah orang sebelah, jangan kacau… mahu dapat penampau nanti….

Pedaspedas juga…. Sambung makan tetap sambung…. Itulah perangai adik aku berdua ni…. Kalau bab makan memang handal…. Nombor satu yang baju coklat tu…. Time ni aku, wife dan mak aku tengah sibuk memasak rendang….. Yang si kecik Melly entah ke mana… Tak nampak rupa, mesti dia kacau atuk dia tengah baring….. Jadi menu minum petang tu adalah ubi rebus dengan air teh….

Siang tu aku dan family seronok sangat dapat buat aktiviti keluarga…. Tapi malam tu juga ada EMERGENCY untuk aku sekeluarga….. Pasti aku akan ceritakan dalam next entry….. Tunggu…..