Bapa aku masuk wad emergency….. Hospital Besar Banting….

Mak dan bapa aku, time ni kitaorang dah bersiap2 untuk balik ke Damansara…. Bapa aku pun turut menghantar kitaorang depan pintu malam tu….. Sambil2 tu, aku mintalah adik aku snapkan gambar kitaorang kejap… saje lah dah lama tak bergambar ramai2….

Yang Si Melly dah jadi rutin dia kalau nampak atok dia naik wheel chair mesti dia sibuk nak naik kat depan dengan atoknye….. Kalau atok dia tak senyum, boleh pulak dia bising suruh atok dia senyum…. entah apa2 entah…. terpaksalah bapa aku senyum….

Kali ni aku minta wife aku snapkan…. Seronok2…. Tapi betul kata orang tua2 dulu…. jangan suka2 sangat nanti dapat duka…. tapi kitaorang berpada2 pun kalau bersuka ria…. Dalam pukul 9.30 malam kitaorang pun bergeraklah balik ke Damansara….. Aku, wife aku, Anor, Azu dan Melly naik satu kereta jer…. Husband Azu tak ikut balik Banting… Dia ada kerja…. nak siapkan thesis….. dah babye2 kat mak aku dan bapa aku… kitaorang pun bertolaklah balik….

Masa bertolak lagi hati aku rasa tak senang…. Dalam perjalanan tu, phone aku berbunyi…. ni mesti ada apa2 ni… kalau tak barang tinggal, mesti ada hal lain yang melibatkan bapa aku….. Kalau barang aku rasa semuanye dah dimasukkan…..

Dalam phone tu mak aku tanya….

Mak aku : “Sampai mana dah…???”….

Hati aku dah terdetik dah ni mesti hal bapa aku ni…..

Aku : “Dah sampai Pekan Jenjarum dah… Kenapa…???”
Mak aku : “Boleh patah balik tak…???”
Aku : “Kenapa…???”
Mak aku : “Abah kata dia tak boleh nak buang air kecillah macam hari tu….”

Tersentak aku time tu…. masih2 dah pandang2 dah dalam kereta…. Time tu aku pakai speaker phone so, semua dengar dah….

Aku : “Oklah mak, kitaorang patah balik…..”

Aku sebenarnye agak kecewa dengan penyakit bapa aku ni, sebab operation dah pun dijalankan cuma bila diberitahu pada doktor jawapan yang sama akan diberikan… Tapi nak buat macamana, dah itu yang ditentukan oleh Ilahi….. Ini semuanye adalah dugaan dan ujian untuk diri aku dan juga untuk family aku….. Bapa aku ni kurang minum air, so dia akan dapat sembelit…. bila sembelit bapa aku tidak dapat buang air kecil… macam tersumbat…. sebab sistem dalam badan dia tak baik lagi….

Tapi bapa aku ni degil sangat untuk minum air…. aku selalu bebelkan… kadang2 tu rasa berdosa pun ada…. bukan aku bebelkan benda tak betul, aku nasihatkan dia supaya minum air banyak…. sebab sekarang ni dalam step baik pulih dari operation tempohari…. Malam tu aku bebelkan lagi kat bapa aku…. Masa patah balik ke rumah, aku bawa kereta macam lipas kudung…. risaulah juga sebab bawa ramai pulak orang malam tu…. kalau aku sorang2 tu kurang sikit perasaan tu….

Macam nilah keadaannye ruang Trauma dan Kecemasan Hospital Banting…. Mula2 tu aku bawa ke klinik swasta tapi doktor yang pernah handle bapa aku tempohari takde pulak malam tu…. So, nak tak nak, aku terpaksalah juga hantar ke Hospital Banting….. Kes kecemasan…. Sekali lagi bapa aku di masukkan ke dalam wad kecemasan… perkara yang sama berlaku sebelum hari raya haji tempohari…. Nasib baik aku baru je bertolak balik…. kalau aku dah sampai Damansara, dah sure ambulans datang rumah punya….. dan yang aku tak suka, ianya akan menyusahkan jiran2 aku lagi…. Ada juga hikmahnye malam tu aku bawa kereta balik Damansara slow jer….

Selesai jer petugas hospital memasang semula urine tiub dan beg kat bapa aku…. Tekanan darah dan jantung serta beberapa bacaan diaorang moniter pada bapa aku…. Itu adalah prosedur biasa dalam wad kecemasan ni…. Kemudian doktor bagitahu semuanye dah ok semula…. Air kencing dah keluar dan takde apa2 infection pada air kencing bapa aku…. Dan diaorang kata bapa aku boleh balik sekejap lagi….. Alhamdulillah… Syukur semuanye berjalan lancar….. Bapa aku pun dah tak pucat dah… Maklumlah macam orang tahan kencing….. memang tak tentu arahlah jawabnye….

Tapi sebelum balik tu doktor suruh ambil ubat terlebih dahulu di bahagian farmasi di luar…. Ubat untuk neutral air kencing dan antibiotik….. Nasib baik malam tu tak ramai orang…. Aku dan mak aku di Hospital Banting dekat 1 jam setengah juga…. Dalam pukul 11.30 malam baru selesai…. Sebabnye tak ramai orang….

Macam nilah keadaan bapa aku selepas balik dari Wad Kecemasan…. Penatnye tak terkata… Baring jer kat katil terus tidur…. yang aku pulak penat otak…. Rehat sekejap kat rumah…. dalam pukul 12.15 tengah malam tu, kitaorang pakat bertolak semula ke Damansara… Maklumlah esok masing2 kerja…. Itu pun mak aku yang suruh kitaorang balik sebab bapa aku dah ok dah…. Tapi lagi 2 minggu tiub tersebut kena bawa keluar semula…. Kena bawa bapa aku ke HUKM baliklah…. Tinggal di wad satu malam….. Kalau diikutkan baru sahaja hari Jumaat minggu lepas pergi tanggalkan tiub tersebut…. Dah kena pakai balik…… Sakit ooooo…. Apa2 pun aku bersyukur sebab semuanye berjalan lancar tanpa menyusahkan orang2 lain…. Alhamdulillah…..